Jambatan di Baltimore runtuh: Satu mayat ditemukan dalam sungai

Jambatan di Baltimore runtuh: Satu mayat ditemukan dalam sungai

Jambatan di Baltimore runtuh: Satu mayat ditemukan dalam sungai
KEADAAN jambatan itu selepas dirempuh oleh kapal kontena berkenaan. FOTO AFP

Washington: Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa.

“Kami dengar satu mayat ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak,” kata Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.

Pegawai berkata, runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa, menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu. Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan,” kata Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott. “Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terbabit.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS Joe Biden mahu kerajaan persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

“Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Biden.

Kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberangi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6 kilometer itu setiap tahun.

Jambatan di Baltimore runtuh: Satu mayat ditemukan dalam sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker