Quartararo gusar prestasi Yamaha

Portimao: Yamaha bergelut dengan masalah tayar baharu sekali gus menyukarkan Fabio Quartararo pada hari pertama sesi ujian pramusim MotoGP terakhir di Portimao.

Masalah itu menyebabkan Quartararo yang juga juara dunia 2021 tidak terlalu memikirkan soal kepantasan jenteranya, kelebihan yang ada pada jentera M1 sejak kebelakangan ini.

Walaupun kelajuannya enjin baharu tidak dapat menandingi Ducati ketika sesi ujian di Sepang, kebimbangan yang menjadi keutamaan pelumba Perancis itu adalah kekurangan kemajuan dalam menyelesaikan masalah tayar baharu.

“Ketika ini kami berdepan masalah lebih besar berbanding kelajuan,” katanya.

Quartararo sendiri tidak jelas dan sukar mengetahui punca kepada masalah jenteranya dengan tayar baharu.

“Ia bukan setakat ketika brek, saya juga berdepan kesukaran ketika di selekoh, masalah kestabilan dan keluar dari selekoh.

“Kebiasaannya pada masa lalu apabila saya mengunakan tayar baharu, ia lebih laju di mana-mana tempat. Jadi sukar untuk memahami masalah sekarang,” katanya.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker