Kereta jatuh gaung, tersangkut belakang rumah



KUCHING: Penghuni sebuah rumah di Jalan Melekun, Kapit, dikejutkan bunyi kuat di belakang kediaman mereka apabila sebuah kereta terbabas dan terjatuh ke dalam gaung hampir 10 meter malam tadi.

Kereta Perodua Viva yang dipandu lelaki berusia 25 tahun itu kemudian tersangkut di belakang rumah terbabit yang terletak di kaki bukit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata lelaki itu memandu sendirian tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh penduduk.

Beliau berkata, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang anggota bomba yang ‘off duty’ pada jam 9.04 malam.



“Kejadian itu berlaku apabila kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung.

“Kereta itu kemudiannya tersangkut di belakang rumah penduduk, namun tiada kerosakan teruk berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker