PAS bergolak, konflik kenyataan Mursyidul Am

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PAS bergolak, konflik kenyataan Mursyidul Am

PAS-Parti Islam Se-Malaysia dikatakan sedang bergolak ekoran konflik dan percanggahan kenyataan Mursyidul AM PAS dengan kepimpinan PAS.

PAS mengeluarkan kenyataan akur dan wala’ kepada arahan Mursyidul Am PAS agar tidak melabelkan pihak lain sebagai ‘musuh utama’.

Namun demikian, belum 24 jam arahan agar ahli PAS akur arahan Mursyidul Am, Presiden dan Setiausaha Agung PAS telah ‘mengadap’ Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Muhyiddin yang melabelkan BN sebagai musuh utama mereka.

“Sehubungan dengan itu PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama, apatah lagi dalam perkara yang melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya terdiri dari umat Islam seperti Malaysia.

Kenyataan seumpama itu lebih-lebih lagi dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam Kerajaan yang dipimpin bersama.”

PAS sebelum ini memilih untuk bersama PPBM, Gerakan dan UPKO dalam gabungan Perikatan Nasional dan telah menunjukkan kesepakatan menentang BN.

Sebelum bersama PN, PAS bekerjasama dengan Umno dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sejak 2018 namun sejak diberikan kedudukan dalam kabinet oleh Muhyiddin, PAS mula beralih arah.

Sikap penentangan PAS terhadap BN semakin ketara apabila kenyataan-kenyataan mula dilemparkan pemimpin mereka terhadap BN.

“Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,”- Ahmad Fadhli Shaari – 16 Ogos 2022

Malah, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari sendiri mengajak ahli PAS untuk mengalahkan BN di Pahang. Beliau juga tanpa segan silu turut mengajak PH untuk bersama PN mengalahkan BN.

PAS sebenarnya perlu menoktahkan kemana hala tuju politik mereka. Jangan sampai kelak digelar “Bohsia Politik” demi untuk menikmati kuasa dalam kabinet.

PAS bergolak, konflik kenyataan Mursyidul Am

Tidak menghairankan sekiranya PAS terus berada dalam sikap ‘tunggu dan lihat’.

Rekod PAS yang pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR ketika bersama Pakatan Rakyat masih kekar diingatan semua.

Masih terbayang bagaimana ‘Pak Lebai’ PAS bersama mengibarkan bendera DAP, kenyataan memuji perjuangan DAP sehingga menyamakan pemimpin DAP dengan Khalifah Islam.

“Salah petik itu. PAS komponen PN. Kita akan bersama PN dalam pilihan raya umum (PRU),”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada PAS mahu bergerak solo pada PRU15 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sabtu lalu, memetik laporan media, PAS dilaporkan bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan, termasuk bergerak solo pada PRU15.

Tetapi, Tuan Ibrahim berkata, parti itu tetap akan memperkukuhkan PN dalam persiapan menghadapi PRU15.

Tuan Ibrahim Tuan Man – 22 Ogos 2022

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker