Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang

Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang

Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang
Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang

MIRI: Seorang lelaki maut, manakala anaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Kuala Baram Bypass, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.35 tengah hari semalam ketika mangsa yang berusia 57 tahun, dengan anak lelakinya berusia 17 tahun yang menunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Tudan.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Perodua Alza melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki mangsa.

“Akibat kemalangan itu, bapa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya cedera di bahagian muka dan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu Perodua Alza terbabit, iaitu lelaki berumur 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Alexson berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki maut, anak cedera motosikal dirempuh kereta dari belakang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker