Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan

Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan

Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri ke 8, Muhyiddin Yasin menggesa agar Ismail Sabri segera membubarkan parlimen.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/video-malaysia/pru15-elok-ismail-sabri-bubar-parlimen-muhyiddin-1987804

Alasan beliau adalah kerana menurut pandangan beliau, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri telah gagal menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing dengan baik.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/21/serangan-muhyiddin-kepada-ismail-sabri-menunjukkan-muhyiddin-sudah-koyak-teruk/

Walau pun majoriti rakyat melihat gesaan Muhyiddin itu sebagai satu lagi retorik politik beliau, namun sekiranya benar, ada sesuatu yang telah berlaku di sebalik yang tersurat.

Muhyiddin selama ini memang dilihat sering mempertahankan Ismail Sabri supaya tidak membubarkan parlimen dengan segera.

Baca di sini:

1) https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/ismail-sabri-tak-boleh-sewenang-wenang-bubar-parlimen/

2) https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/10/perlu-runding-dengan-pn-dulu-sebelum-bubar-parlimen-muhyiddin-ingatkan-ismail/

Tetapi apakah yang membuatkan secara tiba-tiba membuat u-turn sehingga 360 darjah?

Sebenarnya Muhyiddin tahu, sudah ada tanda yang sangat jelas Ismail Sabri kini sudah mula akur dengan kehendak akar umbi UMNO supaya parlimen dibubarkan segera.

Ismail Sabri akan menghadapi MKT UMNO dalam mesyuarat MKT UMNO yang dijangka akan diadakan pada 30 September ini.

Ismail Sabri sudah dilihat kehabisan alasan untuk menangguhkan pembubaran parlimen.

Sebelum ini, Ismail Sabri memberikan alasan bahawa beliau akan membubarkan parlimen apabila yakin BN sudah bersedia.

Namun selepas beberapa konvensyen dan pelancaran jentera pilihanraya BN, Pemuda BN dan Puteri BN, isyarat dari akar umbi adalah kami mahukan pilihanraya segera.

Sekiranya sebelum ini banjir boleh dijadikan alasan oleh Ismail Sabri.

Tetapi apabila METMalaysia memaklumkan banjir dijangka akan berlaku pada penghujung bulan November, maka alasan itu tidak lagi boleh digunakan.

Muhyiddin Tidak Mahu Di Lihat Sebagai PM Dan Pengerusi MPN Yang Gagal

Yan paling penting bagi Muhyiddin, beliau mesti dilihat sudah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara sebelum bulan November ini.

Mengapa?

Ketika itu keadaan ekonomi dijangka akan menjadi semakin buruk, kedudukan nilai ringgit akan menjadi semakin lemah, kadar inflasi pula dijangka akan mendadak naik.

Sebelum keadaan ini berlaku, Muhyiddin mahu memastikan beliau tidak lagi dilihat menjawat jawatan Pengerusi MPN.

Maka ketika itu, beliau boleh menyalahkan Ismail Sabri dan BN sepenuhnya.

Sementara parlimen belum dibubarkan, beliau masih boleh gunakan Tengku Zafrul untuk memberikan kenyataan palsu mengenai kedudukan ekonomi negara.

Jangan lupa bahawa Tengku Zafrul dilantik sebagai senator dan Menteri Kewangan oleh Muhyiddin Yasin semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Pilihan sekarang di tangan Ismail Sabri, sama ada mahu segera bubarkan parlimen atau terus terperangkap dengan permainan politik Muhyiddin.

 

Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker