Ucapan PM di UNGA tiada sambutan media antarabangsa

Agak janggal tiada sesi temubual media antarabangsa



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ucapan PM di UNGA tiada sambutan media antarabangsa

Persidangan UNGA di New York merupakan medan liputan media antarabangsa bagi sesetengah negara mendapat perhatian dunia. Bagaimanapun, agak menyedihkan PM Malaysia, Dato Ismail Sabri, tidak mendapat liputan media antarabangsa.

Carian dalam google tidak menemui laporan-laporan media antarabangsa seperti CNN, BNBC, Al Jazeera serta beberapa media lain tidak menemui liputan untuk PM.

Ucapan PM di UNGA tiada sambutan media antarabangsa

Berbeza laporan media antarabangsa untuk pemimpin negara lain Asia Tenggara yang diberikan keistimewaan liputan. Diskriminasi media antarabangsa terhadap PM adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.



Ucapan PM di UNGA tiada sambutan media antarabangsa

Apa yang dilaporkan oleh media hanyalah kegagalan Ismail Sabri membuka botol minuman. Tiada ulasan besar-besaran ucapan PM di UNGA yang menggunakan Bahasa Melayu semasa berucap.

Tiada pertemuan dengan pemain ekonomi dunia di Amerika atau sesi bertemu pelabur berpotensi bagi menarik pelaburan ke Malaysia.

LAYANAN ‘BERKASTA’ MEDIA ANTARABANGSA TERHADAP PEMIMPIN ASIA TENGGARA 

 

Agak berbeza dengan Presiden Filipina, Bongbong Marcos yang memenuhi jadual di UNGA dengan pelbagai pertemuan dan sesi menarik pelaburan ke negara jiran itu.

Liputan dari media tempatan Filipina dan antarabangsa juga sangat berbeza dengan Malaysia. Jurang liputan antara Ismail dengan Bongbong sangat besar dan ini bukanlah situasi yang menyenangkan.



Mengapakah, walau tidak hadir sidang UNGA, Presiden Indonesia, Joko Widodo tetap mendapat liputan meluas media antarabangsa?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai Persidangan UNGA di New York? Malah, media Malaysia juga tidak banyak memberi liputan melainkan ucapan PM sahaja.

Situasi seperti ini perlu dipandang serius Wisma Putra, adakah ini kegagalan Wisman Putra untuk berinteraksi dengan pihak media atau berlaku usaha memboikot sebarang laporan untuk ucapan PM oleh media antarabangsa.

Ismail Sabri telah meninggalkan New York pada 25 September dijadualkan bertemu Presiden UAE semalam. Selain berucap di Persidangan UNGA, Ismail juga bertemu Presiden Palestin, Perdana Menteri Belanda dan Setiausaha Agung PBB. Beliau mengakhiri Persidangan UNGA di Amerika dengan jamuan ‘Keluarga Malaysia’ bagi bertemu rakyat Malaysia di sana.



 

 

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker