Conte dedah realiti Spurs musim ini

LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte mendakwa kejayaan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas tahun lalu adalah satu keajaiban.

Susulan kejayaan itu, jangkaan ke atas pasukan musim ini semakin tinggi dengan peminat mengharapkan kilauan trofi liga, namun Conte menganggap ia bukan sesuatu yang mudah.

Selepas kekalahan 2-0 di tangan Aston Villa, Tottenham kini menghuni tangga kelima, 13 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

“Musim lalu kami melakukan keajaiban. Ketika itu kami hanya beraksi dalam satu pertandingan, dan kami bermain dengan 12 atau 13 pemain dan mereka tidak cedera dalam 15 perlawanan terakhir.

“Kami bermain dengan pemain terbaik pada setiap perlawanan kerana, saya ulang sekali lagi, kami hanya bermain dalam aksi liga.

“Jangan lupa ketika tiga perlawanan berbaki, Arsenal berada empat mata di depan dan kami menamatkan saingan 20 mata di belakang Manchester City. Ia satu keajaiban,” kata Conte.

Penjaga gol Spurs, Hugo Lloris yang beraksi buat kali pertama sejak Perancis tewas kepada Argentina di final Piala Dunia, gagal menangkap kemas percubaan Douglas Luiz di awal babak kedua dan Emiliano Buendia membuka jaringan untuk Villa.

Pemain tengah Brazil, Luiz kemudian menambah jaringan untuk Villa di akhir permainan yang menyaksikan Spurs dicemuh penyokong sendiri di Stadium Tottenham Hotspur.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker