Angka korban Taufan Noru meningkat 8 orang di Filipina

Angka korban Taufan Noru meningkat 8 orang di Filipina

Angka korban Taufan Noru meningkat 8 orang di Filipina

SAN MIGUEL: Sekurang-kurangnya lapan terkorban termasuk lima anggota penyelamat, manakala enam nelayan dilaporkan hilang akibat Taufan Noru yang membadai wilayah utara Filipina, semalam.

Menurut maklumat polis dan pihak berkuasa, lima anggota pasukan keselamatan itu lemas di wilayah Bulacan ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir sebelum bot dinaiki mereka terbalik.

Katanya, tiga lagi kematian dilaporkan polis membabitkan orang awam termasuk seorang penduduk kampung di Bulacan yang lemas kerana enggan berpindah seperti diarahkan pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, dua lagi mangsa ialah seorang petani yang ditemui maut di ladangnya dan warga emas yang rumahnya ditimpa tanah runtuh.

“Enam nelayan pula dilaporkan hilang di wilayah Camarines Norte,” kata pegawai tindak balas bencana melalui sesi taklimat.

Gabenor Bulacan, Daniel Fernando, berkata bot dinaiki kelima-lima anggota keselamatan yang berkhidmat dengan agensi kerajaan itu terbalik selepas terlanggar tembok runtuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mereka adalah wira yang akan terus dikenang kerana kehilangan nyawa ketika membantu rakyat Filipina ketika dalam bencana.

“Ia benar-benar menyedihkan,” katanya menerusi stesen radio DZMM.

Sementara itu, pelbagai pihak memberi penghormatan kepada anggota penyelamat yang terkorban melalui media sosial termasuk pasukan polis Bulacan.

“Mereka menunjukkan keberanian dan semangat kepahlawanan dalam menghadapi bahaya walaupun berisiko kepada nyawa sendiri untuk menunaikan kewajipan menyelamatkan orang lain,” katanya di Facebook.

Menurut peramal kaji cuaca, taufan kuat itu mula melanda kawasan darat di timur wilayah Quezon, kelmarin (Ahad) sebelum ia bergerak perlahan ke Laut China Selatan, awal pagi semalam menuju ke Vietnam.

Pasukan tindak balas bencana memaklumkan, hampir 80,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan di sepanjang pulau Luzon.

Sementara di bandar Dingalan di wilayah Aurora yang turut terjejas teruk, lebih 6,000 rumah dilaporkan rosak manakala pusat pemindahan yang baharu dibina bagi menempatkan lebih 200 keluarga turut dimusnahkan angin kencang.

Menurut maklumat pihak berkuasa, kira-kira 3,000 orang sudah dipindahkan ke tempat selamat di Manila, yang dilanda angin kencang dan hujan sepanjang malam. – AP

Filipina segera salur bantuan kepada mangsa Taufan Noru

Angka korban Taufan Noru meningkat 8 orang di Filipina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker