Bawang Merah zaman TikTok

Tercengang tengok ikan belacak muncul tiap kali waktu makan, gadis ini hanya seru nama ‘Mak Kundur’

Bawang Merah zaman TikTok

Nas menyeru nama Mak Kundur sebelum memberinya makanan di tepi sungai.

BAGAIKAN kisah dongeng!

Demikian antara komen netizen terhadap satu perkongsian video memaparkan gelagat seorang wanita memanggil-manggil nama ikan di tepi sungai dan memberi makan kepada haiwan berkenaan, sebagaimana kisah Bawang Putih Bawang Merah yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Menerusi video berkenaan, kedengaran suara wanita berkenaan memanggil ‘Mak Kundur’, nama yang sama seperti watak ibu kepada Bawang Merah yang teraniaya kerana ditolak ke dalam kolam lalu berubah menjadi ikan kaloi.

Menakjubkan, beberapa saat selepas diseru, kelihatan seekor ikan belacak berenang-renang dan menghampiri gigi air lalu menjamah makanan yang ditabur wanita berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nas Anisha Salleh berkata, rutin memberi makanan kepada ikan belacak tersebut sudah dilakukannya sejak lebih setahun yang lalu.

“Di belakang rumah keluarga saya ada anak sungai… apabila sisa makanan dibuang, beberapa ekor belacak atau kami gelarkan ikan tembakul ini akan muncul untuk makan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Apabila sering kali begitu, saya ambil inisiatif untuk beri mereka makan. Ada dalam dua atau tiga ekor yang besar. Apabila saya pergi ke tebing dan tabur makanan, hanya ada seekor je yang datang.

Bawang Merah zaman TikTok
Sudah menjadi rutin Nas Anisha memberi makanan kepada Mak Kundur sejak setahun lalu.

“Yang lain lari sebab barangkali takut manusia. Tapi yang seekor itu langsung tak takut walaupun saya berdiri kira-kira semeter dari tebing.

“Ia makan sampai kenyang sebelum berenang ke tengah semula. Selepas itu apabila masa nak bagi makan, saya saja je panggil macam cerita Bawang Putih Bawang Merah tu. Tengok-tengok ia datang.

“Saya terfikir, ikan ni dengar ke kebetulan saja? Kemudian hari-hari yang lain saya buat perkara yang sama… duduk di tebing, dan cuba panggil. Memang ia datang,” ujarnya yang berasal dari Kampung Pergau, Mukah, Sarawak.

Bawang Merah zaman TikTok
Nas Anisha (tengah) merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.

Senang disapa sebagai Nas, wanita berusia 25 tahun ini berkata antara makanan yang selalu diberi kepada ‘Mak Kundur’ adalah lebihan nasi putih, udang rebus, isi ayam dan palet ikan.

Disebabkan sedang menghabiskan cuti semester di kampung, Nas berkata boleh dikatakan setiap hari dia akan memberi makan kepada ‘Mak Kundur’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kalau air surut sajalah boleh beri makan. Kalau air pasang, Mak Kundur tak dapat naik ke tebing. Lamalah tak dapat jumpanya.

Saya terfikir, ikan ni dengar ke kebetulan saja? Kemudian hari-hari yang lain saya buat perkara yang sama… duduk di tebing, dan cuba panggil. Memang ia datang.

NAS ANISHA SALLEH

“Baru-baru ini kebetulan saja nak ambil video gelagat Mak Kundur. Tak sangka pula video pertamanya dapat sambutan sampai lebih 2.2 juta jumlah tontonan di TikTok.

“Ramai yang minta part 2 video Mak Kundur sebab macam tak percaya ikan boleh dengar arahan. Saya pun ikut saja permintaan mereka.

“Kalau ikutkan saya nak buat live masa beri Mak Kundur makan tapi talian internet di sini agak kurang memuaskan. Saya nak muat naik videonya pun ambil masa hampir setengah jam!,” ujar penuntut tahun akhir jurusan kejuruteraan awam di sebuah institusi pengajian tinggi awam ini.

 

Bawang Merah zaman TikTok
Rata-rata netizen melahirkan rasa hairan dan teruja melihat video Nas Anisha memberi Mak Kundur makanan.

Turut memelihara kucing, ikan dan kura-kura di dalam akuarium, Nas sama sekali tidak menyangka video ‘Mak Kundur’ mengundang perhatian ramai sehingga haiwan tersebut sudah pun mempunyai peminat sendiri.

“Mungkin tuah Mak Kundur. Paling lucu apabila baca komen, ada yang tanya ‘ilmu apa akak ni pakai?’. Ada yang kata tak pernah tengok ikan belacak namun ramai yang request video Mak Kundur lebih banyak.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menonton, like, komen dan share video tersebut,” ujarnya lagi.

 

Bawang Merah zaman TikTok

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker