Bekas tentera hilang: ‘Wak Ithnin ‘terkurung’ di satu lokasi’

SEGAMAT: Keluarga Ithninhilang ketika dikatakan bersiar-siar di halaman rumahnya di Kampung Tungku Tiga, di sini, pasrah dengan takdir dan ketentuan ilahi serta berharap segalanya berakhir dengan baik.

Anaknya, Noor Azali, 44, berkata ahli keluarga masih terkejut dan sedih dengan kehilangan misteri bapanya serta melakukan pelbagai ikhtiar untuk mencari Ithnin atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Ithnin.

“Semalam, kami dimaklumkan oleh beberapa pihak termasuk pengamal paranormal yang membantu secara sukarela mengenai pelbagai petunjuk, antaranya mengatakan bapa terkurung di satu lokasi.

“Kami amat berterima kasih atas usaha dan bantuan yang diberikan, namun pasrah dengan takdir serta ketentuan ilahi,” katanya.

Ini kejadian kedua seumpamanya di Johor dalam tempoh tidak sampai dua bulan selepas seorang wanita warga emas, Painah Siwan, 79, hilang selama kira-kira enam hari selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, Batu Pahat ke kebun kelapa sawit berhampiran pada 10 Ogos lalu.

Wanita berkenaan ditemui berhampiran rumahnya dalam keadaan lemah berhampiran lopak air dalam kawasan kebun berkenaan pada 15 Ogos.

Warga emas itu ditemukan penduduk yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.25 pagi tadi dalam lingkungan 900 meter dari pos kawalan operasi. Ketika itu, terdapat bersamanya sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.

Noor Azali, anak sulung daripada tiga beradik itu juga memaklumkan, sehari sebelum kejadian berkenaan, dia bermimpi memohon ampun dan maaf sambil mencium tangan bapanya.

“Selepas solat sunat tahajud, kira-kira jam 4 pagi pada 19 September lalu, saya tidur dan bermimpi mencium tangan bapa dan juga arwah ibu, Semah Abd Hamid yang meninggal dunia pada 30 Jun 2019,

“Saya mimpi jumpa dia, sempat minta ampun maaf. Saya sayang abah,” katanya dan menambah, dia tidak mengesyaki apa-apa daripada mimpi berkenaan, namun tidak menolak ia mungkin petanda bapanya akan hilang secara misteri.

“Kami reda serta bermunajat segalanya berakhir dengan baik,” katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim ketika ditemui di pusat kawalan di Kampung Tungku Tiga, hari ini, berkata pasukan mencari dan menyelamat digerakkan sebaik waris Ithnin membuat laporan polis pada 21 September lalu.

“Pasukan sudah melakukan pencarian termasuk di lokasi yang kerap dikunjungi Wak Ithnin, kediaman kenalan dan sekitar kampung. Namun, sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemui,” katanya.

Turut berada di pusat kawalan berkenaan adalah Ketua Balai Polis Segamat (OCS), Inspektor Hanafi Ghazali dan Pegawai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PpGB) Marzuki Ismail.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker