Bintang K-Pop Lee Minho muncul dalam konsert di KL

KUALA LUMPUR – Bintang K-Pop fenomena dunia, Lee Minho dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggegarkan Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu ini, bermula jam 6 petang.

Apa yang menarik perhatian, Minho yang juga duta jenama perkakas rumah terkenal, Cuckoo akan membuat penampilan istimewa bersama Siti Nurhaliza.

Selain Minho dan Siti Nurhaliza, konsert sempena ulang tahun ke-8 Cuckoo itu juga menampilkan penyanyi popular lain seperti Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Aina Abdul, Hael Husaini, Dolla, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menggegarkan pentas konsert.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe berkata, inilah masa yang tepat menganjurkan konsert untuk meraikan semangat teguh rakyat Malaysia dalam menentang penularan pandemik COVID-19.



“Pandemik COVID-19 sudah semakin terkawal, inilah masanya untuk meraikan rakyat Malaysia dengan penganjuran sebuah konsert istimewa.

“Ia juga sebagai penghargaan atas sokongan keluarga Cuckoo, pelanggan dan peminat.

“Tiada anda, tiada Cuckoo. Konsert ini boleh bukan sekadar meraikan ulang tahun, tetapi juga konsert penghargaan dan hadiah dari kami kepada semua.

“Kami tidak sabar bertemu dengan anda,” katanya dalam satu kenyataan media.



Sehubungan itu, tiket Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th boleh didapatkan menerusi penyertaan Peraduan Cuckoo Appreci8th atau menangi peraduan dan aktiviti yang dianjurkan rakan media rasmi seperti Radio Era FM, Gegar FM, Sinar FM dan Zayan FM.

Awal tahun ini, Cuckoo International melantik bintang Korea Selatan terkemuka, Minho sebagai duta jenama dan mengekalkan Siti Nurhaliza sebagai duta bagi mewakili Cuckoo untuk #SAMASAMA bagi memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia.

© Berita Harian 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker