Brazil belasah Tunisia, Richarlison dibaling pisang



PARIS: Richarlison dibaling pisang oleh penyokong ketika Brazil membelasah Tunisia 5-1 dalam aksi persahabatan di Paris, di mana Neymar menghampiri rekod jaringan Pele untuk juara dunia lima kali itu.

Aksi di Parc des Princes turut terhenti seketika apabila penonton terpaksa diberi amaran sebanyak dua kali supaya tidak mengganggu pemain-pemain Brazil dengan pancaran laser.

“Malangnya, pisang turut dibaling ke atas padang kepada Richarlison, penjaring gol kedua Brazil. CBF akan terus berusaha menangani perkauman,” kata Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF).

Brazil menguasai babak pertama perlawanan terakhir mereka di tempat lawan sebelum bertandang ke Qatar untuk memburu gelaran keenam Piala Dunia.



Raphinha meledak dua kali di Parc des Princes manakala Neymar kini hanya dua gol di belakang rekod jaringan sepanjang zaman Pele.

Richarlison turut menemui sasaran, manakala Pedro menjaringkan gol sebagai pemain gantian di babak kedua sebelum meraikan jaringan di depan penyokong yang mencemuhnya.

“Ia memalukan, sukar untuk melihat situasi sebegitu. Malangnya sukar untuk mengubah mentaliti sesetengah orang.

“Saya harap mereka akan sedar yang ia tidak akan memberikan kesan, ia sudah berlalu, kita perlu berubah. Malangnya ramai yang masih di takuk lama,” kata kapten Brazil, Thiago Silva.



Brazil kendalian Tite akan membuka saingan Kumpulan G Piala Dunia menentang Serbia pada 24 November. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker