Datuk Red Cerita Panjang Lebar Awal Perkenalan Dengan Adira Suhami

”Saya Muda Masa Tu, Otak Pun Gila-Gila”

Datuk Red Cerita Panjang Lebar Awal Perkenalan Dengan Adira Suhami

Datuk Red Cerita Panjang Lebar Awal Perkenalan Dengan Adira Suhami

Datuk Red atau nama sebenarnya Seri Adnan Abu sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi detik awal perkenalannya bersama isteri keduanya, Adira Suhaimi pada tahun 2015 lalu.

Menurut laporanΒ Oh! Bulan, terdapat satu video ketika Datuk Red bersiaran langsung mendedahkan dia berkenalan dengan Adira ketika dirinya mengusahakan sebuah syarikat dalam industri hiburan dan perfileman.

@ohbulanofficial

Replying to @Rinakhori Therapist and Spa Datuk Red kongsi perkenalan dengan Adira dan macam mana boleh nak kahwin 🀭 #ohbulan #sembangentertainment #datukred #mengorat #adirasuhaimi

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Saya dulu buat syarikat berasaskan industri hiburan dan perfileman dan waktu itu dapat β€˜job’ di Sarawak bernilai RM20,000 dan penganjur waktu itu minta untuk saya bawakan artis.

Jadi para pekerja saya cadang untuk ambil Adira sebagai penyanyi jemputan tapi kami tak mampu dengan bajet itu sebab kami juga perlu bawa lagi beberapa artis.

Bincang punya bincang jadi kami pun setuju untuk β€˜offer’ kakak Adira iaitu Emma dan β€˜event’ tu pun berjalan lancar.

Bila balik ke semenanjung kami pun lepak dengan Emma di sebuah restoran mamak tapi Adira tak ada, jadi saya pun minta pekerja saya untuk pelawa Adira β€˜join’ kami sekali.

Kemudian mereka berdua bertukar nombor telefon untuk senang berurusan dan selepas kira-kira dua minggu kerap berhubung, Datuk Red beranikan diri ajak Adira berkahwin. Wah! Betul gentleman..Saya muda masa itu, otak pula β€˜gila-gila’ terus saya hantar satu mesej pada Adira, β€˜You, kita kahwin jom?’. Selamba ja saya hantar mesej itu.



Adira pun balas, β€˜Eh you bukan ada isteri ke? Macam mana dengan isteri you?’. Saya pun jujur kata yang saya ada isteri dan dia baru lepas bersalin.

Selepas sehari dua macam itu, Adira balas mesej saya sekali lagi mengatakan dia setuju dengan lamaran saya.

Bukan tu jer, Datuk Red juga ada bertanya mengapa Adira menerima dan bersetuju dengan lamarannya menjadi isteri kedua.

Bila kami dah nak kahwin, saya tanya pada dia kenapa dia nak kahwin dengan saya?

Adira jawab sepanjang dia berada dalam industri hiburan, dia sudah mengenali dengan ramai lelaki terutamanya lelaki yang dah kahwin.

Adira kata, kebanyakkan orang yang dah kahwin bila tanya kenapa nak kahwin dengan dia, mereka mesti akan memburukkan isteri pertama hanya semata untuk memperisterikan dia.

Lepas itu Adira cakap dia pilih dan terima saya sebab saya jujur tak macam itu.

Apapun, semoga urusan mereka berdua dipermudahkan tambah lagi apabila sedang diuji saat ini.

Kredit:Β Oh! Bulan

Datuk Red Cerita Panjang Lebar Awal Perkenalan Dengan Adira Suhami

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker