Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?

Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM

Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?

Kes penyelewengan dana kerajaan untuk tujuan pengiklanan dan promosi sedang rancak di siasat oleh SPRM.

Baru-baru ini pihak SPRM mengesahkan sudah menyerbu pejabat Perdana Menteri dan juga pejabat Kementerian Kewangan.

Tujuan serbuan adalah untuk mendapatkan beberapa dokumen sulit yang kini sudah tak berapa sulit lagi untuk membantu siasatan.



SPRM juga mengesahkan beberapa individu yang pernah berkhidmat dengan mantan perdana menteri sebelum ini, sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

Penulis dimaklumkan, ada seorang pegawai kanan yang paling kanan kepada bekas perdana menteri tersebut turut dipanggil SPRM.

Tapi sangat mengejutkan, individu berkenaan dikatakan tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan oleh SPRM.

Mungkin beliau merasakan bekas bos besar beliau masih lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam pentadbiran sekarang.



Atau sekurang-kurangnya, mungkin beliau berharap bekas bos besar beliau menggunakan pengaruh sebagai bekas perdana menteri untuk mengenepikan arahan SPRM.

Untuk peringatan individu berkenaan, bekas bos besar beliau kini sudah tidak ada apa-apa, terutamanya pengaruh untuk selamatkan beliau.

Malah penulis difahamkan, bekas bos besar beliau juga turut akan dipanggil dan disiasat oleh pihak SPRM.

Ada juga yang kata, individu berkenaan mempunyai kabel yang cukup kuat dalam SPRM.



Saudara terdekat beliau dikatakan memegang jawatan tinggi dalam SPRM.

Tapi beliau lupa, kabel yang beliau ada kini sudah semakin mereput.

Malah pegawai tinggi tersebut juga kini berhadapan risiko didakwa atas cuai dalam menjalankan tugas.

Berlaku kematian ke atas seorang suspek yang sedang disoal siasat oleh beliau dan pegawai beliau.



Nasihat penulis, beri kerjasama dengan SPRM.

Jangan sampai SPRM datang bawa waran tangkap, tak pasal-pasal nanti tangan bergari.

Elok-elok tangan tu pakai aksesori berharga puluhan ribu, tiba-tiba pakai aksesori yang berkunci.

Apa yang tercatat di atas bukan penulis yang kata, tapi depa katalah…



 

Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button