Kerajaan perlu bentang semula Bajet 2023 jika PRU diadakan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat depan, perlu dibentangkan semula di Parlimen jika RUU berkenaan belum diluluskan kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan, kerajaan baru yang terbentuk selepas PRU perlu membentangkan semula RUU berkenaan bagi bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya, akan ada satu kerajaan yang baru. Maka kerajaan baru perlu buat bacaan pertama semula. Sebab belanjawan tidak mengikat kerajaan.



“Dia akan ada bacaan pertama yang baru,” katanya ditemui media di Parlimen hari ini, sambil menjelaskan kerajaan baharu yang terbentuk boleh menggunakan draf RUU sama untuk dibentangkan semula ke Dewan Rakyat.

Bajet 2023 dijadual dibentang pada Jumaat depan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika spekulasi juga mengatakan Parlimen akan dibubar selepas itu, iaitu sebelum RUU berkenaan diluluskan.

© Berita Harian 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button