Peluang menang RM1 juta

Peluang menang RM1 juta

Peluang menang RM1 juta

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik (SSi), sekali gus menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM3 juta dengan memberi dua kali peluang untuk pelanggan memenangi wang tunai berjumlah RM1 juta.

Produk terbaharu SSi ini di bawah Akaun Berjangka Tetap-i berkonsepkan Tawarruq yang ditambah baik bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat komited dalam menjamin masa depan kewangan sejahtera untuk pelanggan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik yang menyediakan penyelesaian simpanan inovatif, patuh syariah, menggabungkan kadar keuntungan yang lebih menarik dan pilihan tempoh yang fleksibel.

Bank Muamalat berkata, selain pelanggan SSi berpeluang memenangi dua kali wang bernilai RM1 juta pada November 2023 dan Februari 2024, Sijil Simpanan Islamik itu turut memperkenalkan satu cabutan tambahan buat pelanggan yang layak iaitu Superb State dan Superb Cash1000.

SSi terbuka untuk semua pelanggan baharu atau sedia ada berusia 12 tahun dan ke atas dengan tempoh kempen dari 8 Ogos 2023 hingga 29 Februari 2024.

Selain itu, bagi memastikan kepuasan pengalaman pelanggan, Bank Muamalat komited untuk memudahkan proses pendaftaran bagi penyertaan produk ini.



Kini, orang ramai boleh melanggan SSi dengan membuka akaun melalui pelbagai saluran seperti Platform Aplikasi Muamalat (Map), Perbankan Internet Runcit i-Muamalat (Rib), atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan berhampiran.

Bagi pelanggan sedia ada, Bank Muamalat masih meneruskan kempen Super Saver 2023 tahun ini yang bermula dari 1 Mac 2023 sehingga 29 Februari 2024 untuk Akaun Simpanan-i Tawarruq dan Akaun Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (Suria).

Namun, produk SSi yang diperkenalkan adalah kempen utama, memberikan pelanggan akses kepada ciri-ciri dan faedah yang baharu, termasuk peluang memenangi 754 hadiah, dengan hadiah utama berupa wang tunai RM1 juta, kereta mewah (Mercedes C200 dan Mercedes A200), baucar perjalanan, iPad, dan hadiah tunai yang lain.

Peluang menang RM1 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button