“PAKAI GELANG TAPI BUKAN PINK…” – ADIK & ISTERI POSITIF COVID-19, SHAHIDA KUARANTIN KENDIRI

“Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik dan isterinya positif Covid-19. Isterinya merupakan seorang jururawat. Dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yang dirawat.

“Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaru semalam 3/12 dan kedua-dua test PCR saya negatif. Hanya saya seorang saja yang dikuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dengan adik saya dan isterinya. Suami saya @aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak tidak berjumpa mereka.

“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif. Saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk kuarantin dan menjalankan swab test sementara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya sebagai kontak rapat,” tulis isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di laman Instagram (IG) miliknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Susulan itu, Shahida terpaksa menjalani kuarantin diri dan membuat ujian swab test memandangkan dia merupakan kontak rapat. Menurutnya, keputusan dua ujian yang dilakukan pada 30 November dan 3 Disember adalah negatif.

Sementara itu, kata Shahida penjelasan dibuat supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menuduh dirinya sebagai punca kluster. Tegasnya, dia sudah dipakaikan gelang cuma bukan berwarna merah jambu (pink) tetapi putih.

“Saya maklumkan supaya tak ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan saya menuduh menjadi punca kluster-kluster tertentu. Saya pakai gelang tapi bukan gelang pink. Gelang putih ok.

Image_3.jpg

“Gelang ada 5 warna, ikut stok dan daerah tak silap. Saya juga tidak mendekati atau menyentuh anak-anak saya juga. Walaupun sedih tengok anak-anak nangis kan tapi keselamatan mereka lebih penting.

“Doakan adik saya @shaiful_rashid dan isteri @ainilameera yang berada di Hospital Sungai Buloh kembali sihat. Kita doakan semua juga mereka yang dijangkiti Covid segera sembuh.

“Covid bukan satu jenayah untuk kita sisihkan mereka, juga bukan musibah kepada sesiapa yang kena. Pandang dari sudut yang baik adalah ujian Allah kepada hamba-hamba yang dia sayangi,” katanya lagi.

Image_4.jpg

WANY HASRITA PAKAI GELANG ‘PINK’ – INI PERJELASAN PEMBANTU PERIBADI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker