Lelaki ditahan disyaki rogol anak tiri berusia 17 tahun

SEGAMAT – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah berhampiran Batu Anam, di sini.

Suspek berusia 64 tahun ditahan di sekitar Batu Anam pukul 8.05 malam pada 21 September lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang berusia 34 tahun perbuatan terkutuk dilakukan oleh bapa tirinya berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat diterima, kita menahan suspek pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak dia berusia 12 tahun bermula pada tahun 2017.

“Siasatan awal mendapati suspek sering melakukan perbuatan itu beberapa kali termasuk seks oral serta melakukan ugutan terhadap mangsa ketika mereka tinggal berdua.

“Suspek direman tujuh hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

© Utusan Online 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker