Manifesto “Realistik” PRU15 PH Menjadi tidak “Realistik” dengan Kempimpinan PH yang sedia ada.

Oleh Adam Malik

PAKATAN Harapan sudah membuat kenyataan bahawa kali ini PH akan menawarkan manifesto PRU15 yang lebih ‘Realistik”.

Secara tidak lansung kenyataan ini adalah perakuan bahawa manifesto PH pada PRU14 yang lalu adalah tidak ‘realistik” dan akibatnya rakyat terpedaya untuk memberi undi.



Pada PRU14,  pemimpin PH telah bercanggah dalam kempen mereka keseluruh pelusuk negara.

fahmi

Mereka telah umum sebuah manifesto yang luarbiasa dari bentuk pakej dan nilai nya.

Terlalu banyak “penghapusan” yang bernilai berbiion ringgit dalam waktu yang sama juga menyatakan  kerajaan Najib Razak dan Barisan Nasional telah memufliskan negara.



Bayangkan dalam kata negara “muflis” tetapi mahu menghapuskan pelbagai pendapatan negara dalam satu nafas pula.

Sambil itu, terdedah bahawa hampir semua janji palsu kerajaan pimpinan Tun Mahathir tidak di buat kajian mendalam dari bentuk jumlah ‘kos’ dan ‘keberkesanan’ nya.

Berapa billion RM kos pembayaran penghapusan ‘tol’ , berapa pula billion kos penghapusan PTPN , berapa pula jika pelajaran percuma dilaksanakan , dan berapa kos hilang dari penghapusan sistem AES.

Semua ini tidak di ‘justify’ kan dengan gentian pendapatan baru apa pula dari kerajaan.



Paling ketara penipuan PH ada lah berkenaan “Tiada Runding lansung”  pada tender2 dan projek dibawah PH.

Janji tiada lagi “Direct Nego” dibawah PH ada lah satu scam terbesar oleh PH   apabila akhirnya di dedah oleh Tengku Zafrul PH telah melepaskan “Diret Nego” bernilai RM6 bilion.



Pendek kata , manifesto PH penuh ‘scam’ dan penipuan.

Manifesto yang tiada kajian dan kiraan sebenarnya adalah manifesto tangkap muat dan ‘fake news’ kepada rakyat.

Tiada juga barang turun harga kerana penghapusan Goods Service Tax (GST) bahkan semakin meningkat.

Dan tiada ringgit bertambah nilai sejak Najib Razak tidak menjadi PM , bahkan semakin teruk jatuh nilai nya memecah rekod yang kini RM4.60 bersamaan 1 USD.



Maka, apabila pemimpin2 PH seperti Pengarah Komunikasi nya Fahmi Fazil menjanjikan manifesto yang lebih realistik untuk PRU15 , PH harus faham bukan manifesto yang menjadi masalah ,tetapi pemimpin PH itu sendiri yang bermasalah.

 

 

Rakyat bukan tidak percaya pada manifesto realistik atau tidak, tetapi reputasi pemimpin PH itu yang rakyat tidak percaya lagi.



“Not the message but the messenger”.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button