Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail

Gagal sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail

Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dalam usaha mengalihkan gelaran ‘PM Gagal’ kepada Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mula bertindak demikian selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik corak pentadbiran Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan lemah dalam menangani masalah ekonomi negara.

Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail

Malah, Muhyiddin menggambarkan kabinet Ismail Sabri enggan menerima pandangan Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikannya sejak penubuhan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam tadi, sangat mengecewakan kerana gagal mengisytiharkan Parlimen dan pentadbiran keadilan sebagai perkhidmatan penting dalam pandemik Covid-19 dan menunjukkan bahawa pemerintah masih perlu menyusun rancangan untuk menghidupkan kembali ekonomi. – Malaysia Dateline – 24 April 2020

Perlu diingatkan sebelum ini, Muhyiddin Yassin pernah melaksanakan darurat selama 8 bulan bermula Januari 2020 sehingga 1 Ogos 2020.

Namun demikian, perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan masih menjadi persoalan di fikiran rakyat.

“Kerajaan PN hanya memberi angka tanpa pecahan. Kerajaan PN dikatakan melaksanakan Perolehan Kerajaan sesuka hati, kepada mereka yang mempunyai kepentingan.

“Dalam jangkamasa darurat di lakukan, RM600,000,000,000.00 atau RM600 billion telah dibelanjakan.

“Rakyat hanya mengetahui angka ini, tidak ada siapa yang memberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung, setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa ada tatacara yang jelas.

“Ada yang bertanya apa dia ‘jana wibawa’ atau nama-nama kontrak yang sedang berlegar diagih-agihkan dikalangan mereka yang punyai kepentingan rapat dengan kerajaan PN. Di mana untuk bertanyakan soal ini?” – MalaysiaKini – 16 April 2021

Sebelum ini, Muhyiddin tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengkritik Ismail Sabri, namun dipercayai kritikan ini ada hubungkait dengan tarikh PRU15 dan sikap PAS yang masih belum membuat keputusan samada kekal bersama dalam Perikatan Nasional atau tidak.

Perikatan Nasional yang masih buntu untuk menghadapi PRU15 mungkin terpaksa menggunakan semua taktik politik termasuk memburukkan Ismail Sabri di mata rakyat.

Semua maklum, Muhyiddin sebelum ini dikatakan berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan bagi menampakkan beliau berkelayakan untuk itu, maka ‘pembunuhan karektor’ perlu dilakukan terhadap pihak lawan.

Agak malang beliau memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘kambing hitam’ bagi memulihkan imejnya sendiri yang diketahui umum sebagai PM Gagal.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker