PAS dan PPBM ibarat “pelacur” politik

Tidak ubah seperti "bohsia & bohjan"

Oleh – Bakhtiar Omar


PAS dan PPBM ibarat "pelacur" politik

PPBM dan PAS kini tidak ubah seperti “pelacur” politik dalam percaturan mencari rakan gabungan yang kuat bagi menghadapi PRU15.

Hubungan kerjasama PAS, PPBM yang tidak konsisten menjadi tandatanya adakah gabungan dalam PN akan kekal sehingga berjaya membentuk kerajaan atau sekadar mencari peluang untuk membentuk kerajaan.

Ternyata dalam mempertahankan kedudukan yang diberikan Muhyiddin kepada PAS untuk berada dalam kabinet telah mengaburi mata pemimpin atasan PAS itu sendiri.

Berbeza nada antara ahli bawahan dengan pemimpin PAS semakin ketara apabila kebanyakan ahli mula tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba pendirian PAS ketika bersama Muafakat Nasional mulai lemah.

Ahli PAS melihat sepanjang parti itu bersama PN dalam 2 Pilihanraya Negeri, sukar bagi PAS untuk menang kerusi yang ditandingi. Malah, mereka dalam dilemma samada mahu bersama Umno yang tidak ekstrim mahu berkuasa seperti PPBM atau terus bersama Muhyiddin menyerang Umno/BN secara agresif.

Menilai secara keseluruhan pencapaian PAS bersama PN amat memalukan sekaligus membuka mata ahli PAS, siapa yang sebenarnya banyak membantu mereka menyerap tekanan politik sejak 2018.

PPBM pernah muncul dengan idea ‘khemah besar’ yang menggabungkan PN dan PH namun idea tersebut telah mengakibatkan pergeseran dalaman kepada PAS.

Keengganan PAS menerima AMANAH dan DAP telah menyebabkan PPBM mula mencari formula baru untuk memastikan BN tidak menang PRU15.

PH dalam pada itu, turut menolak idea ‘khemah besar’ dan menyifatkan kerjasama tersebut tidak memberi keuntungan politik buat mereka.

PAKATAN HARAPAN LEBIH SELESA BERSAMA MUDA DAN PSM

 

Oleh demikian, hasrat MUDA dan PSM menyertai gabungan PH telah dipertimbangkan dan dipercayai dua parti itu akan diserap sebagai sekutu Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

PAS yang masih tercari ‘dahan berpaut’ mula berdolak-dalik dan mahu PPBM mengikut pelan asal mereka sebagai gabungan dalam Perikatan Nasional. Namun, hasrat tersebut dikejutkan dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang telah menyeru untuk menjadikan BN sebagai musuh utama.

“Sehubungan dengan itu PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama, apatah lagi dalam perkara yang melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya terdiri dari umat Islam seperti Malaysia.

Tersentak dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Mursyidul Am PAS bertindak mengeluarkan kenyataan menolak kenyataan Muhyiddin dan mahu seluruh ahli PAS tidak menerima ‘perintah’ Muhyiddin.

Sudah tiba masanya PAS menetapkan pendirian mereka dan keluar dari bayang-bayang gambaran ‘pelacur politik’. 

Jika bergerak secara sendirian ketika PRU menjadi pilihan ahli PAS, maka sewajarnya mereka memilih untuk berbuat demikian. Jangan rosakkan imej PAS dan lambang bulan apabila terpaksa tunduk dengan ketetapan Perikatan Nasional yang mahu lambang PN digunapakai gabungan untuk bertanding PRU15.

PAS bergolak, konflik kenyataan Mursyidul Am

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker