Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula

Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula

Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula

Khabarnya, usaha untuk menjalinkan semula kerjasama antara UMNO dan PAS kembali digerakkan oleh beberapa pemimpin PAS.

Tetapi dakwa pemimpin PAS yang terlibat, usaha itu ditolak oleh kepimpinan UMNO.

Tujuan mereka mewarwarkan perkara tersebut, tidak lain dan tidak bukan untuk menimbulkan kemarahan akar umbi UMNO terhadap kepimpinan UMNO.

Lebih-lebih lagi menjelang PRK Parlimen Pulai, PRK Simpang Jeram dan PRK DUN Pelangai.

Persoalannya, benarkah ada usaha yang pemimpin PAS gerakkan ke arah itu?

Dari maklumat yang penulis terima, tidak ada sebarang wakil yang telah dihantar oleh PAS untuk berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Apa yang dimaksudkan usaha yang telah dilakukan, hanyalah sekadar beberapa kenyataan media yang telah dibuat oleh beberapa pemimpin PAS.

Pada pandangan penulis, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberikan gambaran dengan jelas betapa tidak ikhlasnya pemimpin PAS untuk berkerjasama dengan UMNO.

Adakah dengan membuat beberapa kenyataan media, sudah boleh dianggap sebagai usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan 2 parti terbesar orang Melayu?

Niat sebenar PAS adalah untuk menanamkan naratif bahawa UMNO adalah parti yang menolak usaha untuk menggabungkan kerjasama 2 parti terbesar orang Melayu.

Naratif kedua pula adalah untuk menggambarkan bahawa kononnya PAS adalah sebuah parti yang sentiasa berusaha ke arah itu.

Itulah niat PAS yang sebenarnya.

Kerjasama 2 parti terbesar orang Melayu memerlukan keikhlasan dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Persoalannya, mengapakah ketika menjelang PRK baharu PAS mendakwa mereka berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO?

Mengapa tidak sebelum PRU 15?

Mengapa tidak sebelum PRN di 6 buah negeri?

Sangat jelas, PAS hanya mahu menggunakan isu ini untuk meraih undi simpati di PRK Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai.

Apa yang penulis nampak, selagi PAS dikuasai dinasor yang bermaharajalela di dalam PAS, selagi itulah UMNO dan PAS tidak akan berkerjasama.

Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker