Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab

Mohon doa agar kekal istiqamah

Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab
Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab
Aprena Manrose berjubah dan berniqab ketika hadiri sebuah majlis ilmu baru-baru ini.
PENAMPILAN pelakon Aprena Manrose mengenakan jubah serta niqab ketika menghadiri sebuah majlis ilmu menjadi perhatian netizen yang menyukai dengan imej terbaharunya itu.Tidak menidak atau mengiyakan berhubung penampilan terbaharunya itu, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bagaimanapun berterima kasih atas komen positif ditinggalkan peminat di Instagram dan meminta doa agar dirinya terus istiqamah.

“Terima kasih atas komen yang baik. Allah maha baik dalam kita mencari-Nya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya. Allahuakhbar.

Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab
Penampilan ayu Aprena Manrose jadi perhatian netizen.

“Mohon doa kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqamah dan semoga doa berbalik pada kalian, Insya Allah,” katanya.

Aprena, 29, berkata demikian sebagai membalas komen pengikutnya di Instagram yang rata-rata memuji kejelitaannya menutup aurat dengan lebih sempurna.

Rata-rata berharap pelakon drama Mem & Bibik Bibik ini terus istiqamah dalam menjadi seorang wanita lebih sempurna di sisi Allah.

“Suka tengok, cantik sangat Aprena pakai macam ini. Semoga istiqomah.

Mohon kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqamah.

APRENA MANROSE PELAKON

 

“Subhanallah, hanya yang terpilih sahaja melalui jalan ini.

“MasyaAllah, Aprena makin cantik bila tutup aurat. Semoga berterusan,” kata netizen.

Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab
Aprena meminta doa peminat agar dia kekal istiqomah.

 

Dalam pada itu, Aprena turut melahirkan rasa syukur dapat menghadiri majlis ilmu agama selain berharap diberi lebih banyak peluang menyertai acara seumpama itu.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.

“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. Insya Allah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqamah ke jalan Allah,” katanya.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Ramai puji Aprena Manrose tampil berniqab


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker