SITI NURHALIZA HANTAR BANTUAN KE PAHANG: “RAMAI BERTANYA.. TUBUH SAYA MUNGKIN TIDAK KE SANA…”

Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama menzahirkan rasa atas bencana sedang melanda kampung halamannya, Kuala Lipis.

Siti sebelum ini menerusi Instagram ada berkongsi luahan selain meminta ramai agar tidak putus doa semoga ujian ini dapat diharungi bersama-sama.

“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas. Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan.

“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama. Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” tuturnya pada ruangan kapsyen beberapa hari lalu.

Bencana banjir yang kini sedang melanda beberapa lokasi di Pahang mendapat perhatian ramai pihak yang masing-masing menzahirkan doa dan tidak kurang yang tampil menghulurkan bantuan. Begitu juga dengan Siti atau lebih mesra disapa Tokti.

Siti menerusi platform yang sama ada memuat naik beberapa keping foto berupa bantuan yang dibawa dari Kuala Lumpur ke Pahang khusus untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan.

Image_3.jpg

Katanya, barangan keperluan tersebut dihantar memandangkan kekangan bagi mendapatkan bekalan yang cukup berikutan banjir di beberapa daedah sekitar.

Siti pada masa sama turut menambah, dirinya tidak dapat untuk turut sama menyertai misi bantuan atas keadaannya sekarang yang tidak mengizinkan. Umum sedia tahu, penyanyi Anta Permana itu sedang hamil anak kedua.

“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.

Image_4.jpg

“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan. Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana. Moga dipermudahkan buat kita semua,” katanya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian warganet yang memberi reaksi pelbagai.Sementara itu menerusi satu perkongsian lain yang dibuat pengurusnya, Rozi Abdul Razak, dia telah diberi amanah oleh Siti Nurhaliza untuk turun ke Pahang bagi menyampaikan sumbangan.

“KL-Benta-Lipis hari ini. Semoga segalanya dipermudahkan, selamat tiba di destinasi, menyampaikan amanah @ctdk dan kembali ke KL semula dengan selamat juga,” tulis Rozi beberapa jam lalu.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker