Sambal Tempe Dan Ikan Bilis Rangup

Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup
Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup

Sambal Tempe Dan Ikan Bilis Rangup

 

Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup, cara nak sediakannya pun cepat dan mudah sebab kita tak perlu masak lama sangat macam sambal garing yang lain. Kira ini versi express lah. Hidangan ni sedap dimakan macan tu saja dengan nasi panas, nak makan dengan roti pun boleh.

Anak-anak memang sangat suka sebab kerangupannya dan sambal pun pedas-pedas manis rasanya.

Che Nom kongsikan banyak tips untuk dapatkan sambal tempe ikan bilis yang garing di bawah. Pemilihan jenis ikan bilis juga penting. Boleh rujuk bahagian tips ye.

Bahan-bahan:

 

  • 2 pek tempe
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 sudu besar cili kisar atau cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk.
  4. Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Nak kisar pun boleh. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
  7. Gaulkan dengan tempe dan ikan bilis goreng tadi.

 

Tip:

 

  • Kalau nak tempe garing, perlu hiris nipis-nipis.
  • Perlu selalu kacau tempe semasa goreng, api jangan besar sangat nanti tempe tak garing.
  • Pemilihan ikan bilis juga penting kalau nak lebih rangup. Che Nom suka gunakan ikan bilis putih, ataupun ikan bilis yang halus.
  • Sambal perlu masak pekat supaya kerangupan dapat bertahan lama.
  • Lebihkan gula sedikit supaya manis. Gula akan memekatkan sambal dan akan melekat dengan baik bila digaul nanti.
  • Minyak jangan terlalu sedikit kerana nanti tekstur sambal tak cantik dan sambal tak masak sempurna.
  • Simpan dalam bekas kedap udara kalau nak rangupnya tahan lama. Boleh juga disimpan dalam peti ais.

Sambal Ikan Bilis, Kacang Dan Kentang Pedas Rangup

Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker