Penganggur didakwa bunuh ibu bapa di Sungai Penchala

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa di Sungai Penchala

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa di Sungai Penchala
Suspek, Afendi Muhammad diiringi polis ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi tuduhan membunuh ibu dan bapanya di sebuah rumah di Sungai Penchala minggu lalu. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.

Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42, mengangguk faham selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bapanya Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan ibunya Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6, Brickfields di sini, pada 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– BERNAMA

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa di Sungai Penchala


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker