Balai polis diserang: Ketua Polis Negara ke Johor Bahru

Oleh – Syeikh Baran


Balai polis diserang: Ketua Polis Negara ke Johor Bahru
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan beliau dalam perjalanan ke Johor Bahru bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian Balai Polis Ulu Tiram diserang individu bertopeng pada Jumaat.

Memaklumkan kepada Sinar Harian, beliau bersama pasukan dari Bukit Aman telah bergerak ke Johor Bahru jam 9.39 pagi ini bagi meninjau keadaan di lokasi kejadian.



Difahamkan satu sidang akhbar berhubung kejadian itu akan dilakukan oleh Ketua Polis Negara dalam masa terdekat.

Awal pagi ini, dua anggota polis maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata, insiden melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button