25 Pati warga Myanmar gagal lolos

Kuala Nerang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) memasuki negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya berkata, kesemua Pati warga Myanmar itu ditahan di kawasan Loji Rawatan Air (LRA) Kota Putra, sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Kira-kira 8.20 pagi, Tim Ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand mengesan pergerakan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan yang cuba bersembunyi di kawasan hutan berhampiran loji rawatan air.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua orang awam terbabit seramai 25 orang,” katanya.

Kenyataan itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berusia antara 17 hingga 45 tahun terdiri daripada 19 lelaki dan enam wanita.

Katanya, turut dirampas 19 telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand bernilai RM2,893, 21 kad pengenalan warga Myanmar dan 27 beg galas dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM12,393.

Kesemua Pati terbabit diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker