Kru kabin warga Malaysia saman Singapore Airlines RM5.9 juta

Kru kabin warga Malaysia saman Singapore Airlines RM5.9 juta

Kru kabin warga Malaysia saman Singapore Airlines RM5.9 juta
DURAIRAJ Santiran. FOTO Agensi

Singapura: Seorang bekas kru kabin Singapore Airlines (SIA) menuntut ganti rugi lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) daripada syarikat itu selepas mendakwa dia tergelincir pada tompokan gris dan terjatuh ketika berada dalam satu daripada pesawat milik SIA itu.

Durairaj Santiran, 36, ketika kejadian sedang bertugas sebagai pramugara di atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco ke Singapura yang dijadualkan mendarat di Singapura pada petang 6 September 2019.

The Straits Times melaporkan Durairaj mendakwa bekas majikannya cuai kerana membenarkan tempat kerja menjadi kawasan tidak selamat.



Durairaj berkata, beliau melihat tompokan gris pada lantai dapur kelas ekonomi semasa penerbangan yang berkenaan.

Warga Malaysia itu berkata, kira-kira dua jam setengah jam sebelum mendarat, dia tergelincir pada tampalan gris dan jatuh terlentang, kepalanya terhantuk di atas lantai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih




Dia mendakwa mengalami kecederaan pada tulang belakangnya akibat kejadian itu menyebabkan dia dari segi perubatan tidak layak untuk terus bekerja sebagai pramugara penerbangan.

Durairaj, yang bekerja di SIA dari April 2016 hingga April 2021, kini bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan di Malaysia.

Tuntutan ganti rugi dimintanya termasuk S$1.29 juta (kira-kira RM4.6 juta) untuk kehilangan pendapatan masa depan, S$30,000 (kira-kira RM106,174) untuk kehilangan kapasiti pendapatan dan S$150,000 (kira-kira RM531,070) untuk perbelanjaan perubatan serta pengangkutan masa depan.

Tuntutannya mendakwa SIA gagal memastikan lantai pesawat bebas daripada sebarang bahan yang mungkin menyebabkan dia tergelincir dan gagal memastikan terdapat sistem pembersihan untuk memastikan lantai selamat.



Peguamnya, Ramasamy Chettiar dan Kasturibai Manickam, berhujah dalam kenyataan pembukaan mereka bahawa lantai dapur itu licin dan oleh itu tidak selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?




Dalam kesnya, syarikat penerbangan nasional itu gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat untuk bekerja serta gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tompokan gris, sekali gus menyebabkan kawasan itu menjadi tidak selamat.

“Sekiranya penjagaan yang munasabah dilakukan, tompokan gris itu akan dialihkan atau langkah diambil untuk menghalang akses ke lokasi yang tidak selamat.

“Majikan boleh menghalang akses ke lokasi dengan meletakkan kereta tolak di atas kawasan itu, sebagai contohnya. Fakta bahawa defendan tidak mengambil sebarang ‘langkah pencegahan’ menunjukkan kecuaian defendan kerana sistem kerja tidak mencukupi dan tempat kerja dibiarkan tidak selamat,” kata peguam Durairaj dari East Asia Law Corporation dalam kenyataan pembukaannya.

Berdasarkan kenyataan Durairaj, sebelum kejadian dia sedang meronda dalam pesawat selepas kru pembersihan keluar, sebelum melihat kesan gris di lantai dapur berhampiran ketuhar.



Dia kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan mengenai tompokan gris itu sebelum penerbangan berlepas dan diberitahu untuk menanggalkan tompokan gris dengan semburan pembersih serta tuala kertas.

Ketika itu, pintu pesawat ditutup dan Durairaj cuba menanggalkan tompokan gris terbabit, tetapi tidak dapat berbuat demikian dan memaklumkan pegawai atasan yang sama, yang memberitahunya serta kru kabin lain supaya berhati-hati dengan tompokan itu.

Pihak atasan berkata, dia akan membangkitkan isu itu dalam log kecacatan kabin.

Kru kabin warga Malaysia saman Singapore Airlines RM5.9 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button