Anak lelaki Woods menyinar ketika bapa sebagai kedi

MIAMI (Amerika Syarikat): Anak Tiger Woods, Charlie Woods mencatat pusingan terbaik sepanjang karier golfnya yang singkat. Dia berakhir dengan 68 pukulan, empat di bawah par, pada pusingan akhir Kejohanan Golf Remaja Kebangsaan Notah Begay III di Mission Inn Resort di Howey.

Tiger Woods melihat keputusan anak lelakinya yang berusia 13 tahun itu secara dekat ketika dia bertindak sebagai kedi.

Charlie menamatkan sembilan lubang pertama satu pukulan di bawah par, hasil dua birdie (lubang 1 dan 8) dan bogey (lubang 3). Pada sembilan lubang terakhirnya, dia melakukan dua birdie (ke-10 dan ke-13) dan satu eagle (lubang ke-14) serta bogey pada lubang ke-18.

Pada lubang ke-14 par 5, bolanya juga melepasi lubang dan dia hampir melakukan albatross jika dia berjaya membenam bola selepas dua pukulan.

“Apabila saya memukulnya, saya tahu ia bagus. Apabila ia mula bergolek, saya tahu ia akan dekat, tetapi tidak begitu dekat,” kata anak Tiger.

Charlie menamatkan pusingan pertama pada Sabtu dengan 80 pukulan (lapan atas par). Akhirnya dia mengumpul 148 (empat atas par) untuk menduduki tempat keempat, terikat dengan dua pemain lain dalam kategori 12 hingga 13 tahun.

“Ayah memberitahu saya supaya bersabar dan hanya bermain golf secara konsisten. Saya tidak boleh melakukannya tanpa beliau. Beliau membimbing saya ke jalan yang betul,” kata Charlie, mengenai bermain dengan bapanya sebagai kedi.

Tiger Woods dan anaknya sudah bermain bersama dalam dua Kejohanan PNC terakhir di Orlando.

Tahun lalu mereka menduduki tempat kedua, dua pukulan di belakang John Daly dan anaknya John II. Pada 2020, mereka berada di tempat ketujuh dalam kejohanan yang dimenangi oleh Justin Thomas dan bapanya Mike.

Kejuaraan PNC menampilkan 20 gandingan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang profesional yang pernah memenangi kejohanan Major atau kejohanan The Players dan ahli keluarga, yang kebanyakannya ibu bapa dan kanak-kanak, dan dimainkan dalam dua pusingan, Sabtu dan Ahad, selepas dua hari kejohanan Pro-Am.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker