Anwar tidak pertahan PD, KJ boleh menang

Tidak perlu lagi gusar mahu bertanding di mana

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Anwar tidak pertahan PD, KJ boleh menang

Ahli Parlimen Rembau, KJ atau nama sebenarnya Khairy Jamaluddin boleh menang kerusi Port Dickson berikutan kenyataan Anwar Ibrahim yang memberi bayangan tidak pertahankan kerusi PD.

Anwar semalam dilaporkan berminat untuk bertanding di kawasan bekas ahli PKR yang telah mengkhianati parti itu selepas menyertai PPBM.

“Secara jujur saya belum ada pilihan lagi (Parlimen) untuk ditandingi tapi dalam pertimbangan adalah kerusi pengkhianat (PKR dan PH)…misalnya jika parti kata bertanding di Gombak (Parlimen) saya bertanding di situ.

“Kita (PH) boleh masuk kubu kuat UMNO, tetapi saya harus memilih kerusi disandang pengkhianat. Mesejnya adalah pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima),” – Anwar Ibrahim – Berita Harian 28 September 2022

Ini telah meninggalkan kesan bukan sahaja teruk terhadap imej PKR malah turut menjejaskan penguasaan parti itu dalam Parlimen. Pengkhianatan sebegini amat sukar diterjemahkan melainkan PKR berjaya merampas kembali kerusi-kerusi tersebut.



Anwar tidak pertahan PD, KJ boleh menang

Anwar Ibrahim memang PRK Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560 undi. Beliau menewaskan 6 calon bebas lain dengan mendapat sebanyak 43,489 undi.

Menurut carian wikipedia berkaitan kerusi Port Dickson, jumlah kepadatan penduduk berada di angka 128,954 pada 2020. Pecahan kaum pula masih menunjukkan dominasi Bumiputera dengan 55.2%, Cina 25.5%, India 18.7% dan lain-lain kaum 0.6%.

Manakala pecahan pengundi mengikut kaum pada 2018, sekali lagi Kaum Melayu berada di tempat pertama dengan 42.72%, Cina 33.11%, India 21.97% dan lain-lain 2.21%.

KJ sudah pasti mampu memenangi kerusi Port Dickson berdasarkan penguasaan kaum Melayu di peti undi, malah imej beliau selaku Menteri Kesihatan akan memberi lebih banyak manfaat untuk warga PD.



Anwar tidak pertahan PD, KJ boleh menang

Khairy juga perlu membuktikan beliau mempunyai pengaruh ‘luar biasa’ terhadap anak muda sekiranya bertanding kawasan lain selain Rembau. Cabaran ini dilontarkan memandangkan KJ seringkali mempamerkan ‘lifestyle’ yang agak moden dan kontemporari.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan dikhabarkan akan bertanding di kerusi Rembau pada PRU15. KJ merupakan penyandang kerusi Rembau selama 3 penggal sejak 2008.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker