Budak lelaki diperkosa beramai-ramai

New Delhi: Seorang kanak-kanak lelaki kritikal selepas diperlakukan dengan kejam termasuk diperkosa dan dibelasah beramai-ramai di ibu negara India.

Serangan itu didakwa berlaku di kawasan kejiranan timur laut Seelampur pada 18 September lalu, namun tidak dilaporkan sehingga keluarga kanak-kanak itu membuat aduan kepada Suruhanjaya Wanita Delhi (DCW), 22 September lalu.

DCW ialah pihak berkuasa berkanun yang dilantik untuk menyiasat perkara berkaitan keselamatan wanita di bawah undang-undang New Delhi.



Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi, Sanjay Sain berkata, serangan itu dilakukan oleh tiga remaja bawah umur yang dikenali mangsa, termasuk saudaranya.

“Kes itu masih dalam siasatan. Ketiga-tiga suspek duduk di tempat sama dan berjiran dengan seorang daripada mereka ialah saudara mangsa.

“Setakat ini, dua daripada suspek sudah ditahan dan masih belum didakwa,” katanya.

Menurut kenyataan Pengerusi DCW, Swati Maliwal kepada CNN, ibu bapa kanak-kanak itu melaporkan, anak mereka berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa diserang dengan kayu dan dipukul dengan batu-bata.



“Kanak-kanak lelaki itu tidak dalam keadaan baik dan mungkin tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Sebelum ini, rusuhan di India terhadap insiden serangan seksual yang tinggi biasanya berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, dan ia menjadi perkara biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2012, rogol beramai-ramai dan pembunuhan pelajar perubatan Nirbhaya di New Delhi menyaksikan jutaan wanita bangkit menuntut hukuman yang lebih berat kepada pelakunya.

Nirbhaya mengalami kecederaan ngeri selepas dirogol dan diserang dengan batang besi, menurut dokumen mahkamah.



Dia meninggal dunia di Hospital Singapura, dua minggu selepas serangan.

Kematian Nirbhaya menjadi tumpuan dan menandakan bermulanya perubahan di negara itu dengan pengenalan undang-undang baharu termasuk pengesanan pantas kes rogol melalui sistem keadilan dan definisi rogol yang dipinda untuk memasukkan penembusan dubur dan oral.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button