Clara Chia, Pique sama-sama curang

BARCELONA: Hubungan antara Gerard Pique dan Clara Chia Marti bukan lagi rahsia. Mereka juga baru-baru ini mengambil peluang untuk melancong ke Paris sebagai pasangan kekasih.

Tidak lama selepas perpisahan pemain pertahanan Barcelona itu dan Shakira, nama pelajar berusia 23 tahun itu muncul di semua media.

Di sebalik usaha Pique dan keluarganya menyembunyikan identitinya, nama dan imejnya akhirnya menjadi tumpuan media, tetapi nampaknya mereka tidak lagi menyembunyikan cinta mereka dan hubungan mereka sangat serius.

Orang yang terluka dengan perkembangan itu jelas Shakira, penyanyi dari Colombia yang minggu lalu mengaku dia sedang melalui “masa paling gelap dalam hidupnya”.

Sepanjang 12 tahun mereka bersama, banyak media memaparkan cerita Pique tidak setia kepadanya. Namun kini paparazi Jordi Martin mendakwa Shakira bukan satu-satunya yang ditipu dan Clara Chia juga tidak setia kepada pasangannya sebelum bertemu pemain itu.

“Saya akan menerangkan kepada dunia bagaimana pengkhianatan besar itu berlaku. Saya sudah beritahu Shakira yang saya ada bukti bila, bagaimana dan di mana dia ditipu.

“Saya akan membangkitkan dua perselingkuhan. Satu dari tahun 2016 dan satu dengan Clara Chia Marti, yang mengerikan bagaimana dia menipu Shakira,” kata Martin kepada Univision.

Clara Chia adalah teman wanita kepada abang kawan baik Pique, yang bekerja di Kosmos, syarikat pemain Barcelona itu.

Pemain itu menganjurkan majlis makan malam syarikat dan pelajar berusia 23 tahun itu berada di sana, jelas mereka jatuh cinta pandang pertama dan mula berjumpa tanpa memberitahu pasangan masing-masing, menurut paparazi.

“Dia pergi makan malam bersama teman wanitanya, Clara Chia dan Gerard Pique menjemput teman wanita kawannya. Clara curang dengan teman lelakinya dan Gerard curang dengan Shakira.

“Pique mempunyai kawan baik. Clara adalah teman wanita kepada abang kawan baik Pique. Sejak mereka bertemu, dia menyukai gadis itu.

“Mereka bertukar nombor telefon, pada mulanya bertemu secara rahsia, kemudian dia bukan sahaja merampas teman wanita itu daripada abang kawan baiknya, malah memecatnya daripada Kosmos dan mengambil gadis itu sebagai pekerja,” katanya.

Ringkasnya, Clara Chia dan Pique mengenali antara satu sama lain sejak Krismas. Pemain itu memberitahu Shakira pada Januari dia tidak cinta lagi dengannya, dan pemain Catalan itu memecat abang kawannya dari Kosmos dan mengambil teman wanitanya sekarang bekerja.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker