Gaya makan baharu di Jepun, roti berbentuk duit syiling 10 Yen laku

TOKYO, Jepun – Trend makanan baharu menarik tumpuan ramai penduduk di ibu negara Jepun, Tokyo berupa roti berbentuk duit syiling 10 yen (RM0.30), lapor laman berita Sora News semalam.

Makanan itu pada asalnya popular di Korea Selatan yang dihasilkan berbentuk bulat seperti duit syiling 10 won (RM.03) dan dipanggil ‘Roti Emas 10-won’.

Roti itu kini dijual di Jepun pada harga 500 yen (RM16).

Penjualan roti tersebut di Jepun dikatakan mendapat permintaan ramai sejak kemunculannya awal bulan ini walaupun ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding di Korea Selatan iaitu sekitar 300 yen (RM9.60).



Trend makanan itu lebih besar dan berkesan berbanding jangkaannya apabila menarik pandangan orang ramai ketika pembeli memakannya di luar bangunan.

Pembeli akan menaikmati kelazatan rasa keju di tengah roti, doh yang rangup, rasa manis dan kenyal yang menghasilkan gabungan tekstur dan perisa lazat.

Lebih menyeronokkan apabila keju yang dimakan boleh ditarik panjang seperti roti corn dog dari Korea Selatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker