Jangan terpedaya tawaran lesen percuma

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu percuma yang diiklan melalui aplikasi WhatsApp.

JPJ melalui satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan bantuan lesen memandu percuma kepada semua golongan yang diiklan melalui aplikasi itu.

Menurutnya, ia dilakukan sindiket penipuan yang dikesan membuat iklan dengan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menarik perhatian mempromosi lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan, melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

Katanya, iklan itu turut mempelawa orang ramai menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

“JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan itu palsu dan memandang serius terhadap sindiket penipuan yang menawarkan lesen percuma ini.

“Siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)”katanya.

Menerusi kenyataan itu JPJ turut menasihatkan orang ramai menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yangtepat dan sahih.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker