Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Kedudukan nilai Ringgit Malaysia (RM) di pasaran antarabangsa dilihat semakin lemah berbanding Dollar Amerika (USD).

Dari semakan online yang penulis lakukan, kadar tukaran terkini RM berbanding USD adalah 1USD bersamaan dengan RM4.61.



Satu keadaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Malah, sekiranya kita melakukan semakan secara online, nilai RM tidak pernah naik ke paras RM3.94 untuk setiap 1USD, nilai terakhir sebelum kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2018.

Persoalannya, apakah yang menjadi punca sebenar kejatuhan nilai ringgit?

Sebelum penulis mengulas dengan lebih lanjut mengenai kejatuhan RM selepas kejatuhan BN pada 2018, kita lihat dahulu punca kejatuhan Pound Sterling sekarang.



Pound Sterling jatuh ekoran sentimen negatif pasaran terhadap rancangan Perdana Menteri UK, Liz Trus, untuk memotong cukai dan biaya kerajaan dengan terbitkan beberapa isu Gilt.

Pasaran menganggap UK akan biaya defisit dengan berhutang dari orang luar.

Kadar faedah dijangka meningkat dan beban hutang UK bertambah, ini membuatkan pelabur menjual matawang Pound Sterling.

Alasan Liz Trus adalah supaya penjimatan dari bayar cukai kerajaan bagi membolehkan pelaburan yang diharapkan akan menjana pertumbuhan ekonomi.



Baca di sini:

https://www.reuters.com/markets/europe/sterling-plunges-all-time-low-fiscal-plan-spurs-investor-exodus-2022-09-26/?fbclid=IwAR3i7QBdE5pPRFiHXrqiGqUsTlK6eVisrdz83ARDpoqzdSQyh5Bzf0IzNZQ

Secara mudah ianya boleh difahami begini, tindakan Liz Trus yang memotong cukai yang menjadi pendapatan utama kerajaan telah menimbulkan persepsi negatif pasaran terhadap ekonomi UK.

Pasaran berpendapat, dengan penyusutan pendapatan kerajaan, maka UK akan membuat pinjaman luar untuk membiayai defisit perbelanjaan.



Ini menyebabkan keyakinan pasaran terhadap kerajaan UK menurun dan implikasinya, pelabur mula menjual Pound Sterling kerana bimbang akan jatuh dengan teruk sekiranya UK alami krisis ekonomi.

Kejatuhan RM Bermula Dari Era Pakatan Harapan

Sama seperti UK, nilai RM mula jatuh selepas Pakatan Harapan mula mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sebaik sahaja Pakatan Harapan mengumumkan penghapusan GST di Malaysia, keyakinan pasaran mula jatuh.

Alasannya adalah sama seperti di United Kingdom.



Dengan pemansuhan GST, negara kehilangan pendapatan sebanyak RM43 bilion setahun atau kira-kira RM3.5 bilion sebulan.

Lebih memburukkan keadaan, apabila PH mengumumkan tempoh 3 bulan tanpa cukai untuk tempoh peralihan sistem cukai GST kepada SST.

Dalam tempoh peralihan selama 3 bulan itu sahaja, negara sudah kehilangan pendapatan sebanyak RM10.5 bilion.

PH sepatutnya mengumumkan apakah perancangan PH untuk menampung kehilangan pendapatan RM10.5 bilion itu.



Ianya adalah sangat penting supaya pasaran tidak hilang keyakinan kepada ekonomi Malaysia.

Tetapi bukan sahaja PH tidak mengumumkan apa-apa perancangan, malah PH dilihat oleh pasaran mula menjual aset negara dan menerbitkan bon untuk menampung defisit perbelanjaan.

Pasaran mula meragui keyakinan PH menguruskan ekonomi kerana bagi mereka selama mana PH boleh bertahan dengan menjual aset negara dan meminjam dari luar.

Lama kelamaan aset yang terkumpul akan habis dijual dan negara luar juga akan hilang keyakinan untuk memberikan hutang baharu kepada PH.

Tambah merumitkan keadaan apabila PH mengumumkan membatalkan kontrak beberapa projek mega yang sudah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu dengan negara luar.

Namun akhirnya disedari, projek tersebut tidak dibatalkan sepenuhnya, tetapi hanya ditukar kontraktor yang berkiblatkan PH.

Kemampuan PH menguruskan ekonomi menjadi tandatanya dan integriti PH juga mula dipersoalkan.

Akibatnya, pelabur mula menjual RM di pasaran matawang antarabangsa dan dalam masa tidak sampai setahun PH memerintah, nilai RM jatuh ke RM4.067 untuk setiap 1USD.

Baca di sini:

https://umno-online.my/2019/05/10/setahun-pakatan-harapan-365-kegagalan/

Dasar Perikatan Nasional Memburukkan Ekonomi Negara

Apabila kerajaan PH jatuh dan digantikan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yasin, keadaan menjadi semakin parah.

Dasar mengurung rakyat selama hampir 17 bulan oleh Muhyiddih, benar-benar telah membuatkan ekonomi Malaysia semakin sukar untuk dipulihkan.

Dengan dasar memandulkan demokrasi dan melumpuhkan ekonomi negara, sudah pasti tidak ada asas untuk pasaran kembali meyakini pemulihan ekonomi Malaysia.

Nilai RM terus jatuh ke paras RM4.21 bagi setiap 1USD pada bulan terakhir kerajaan Perikatan Nasional memerintah.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-terus-meningkat-untuk-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-316025

Apabila kerajaan Perikatan Nasional tumbang, kerajaan Keluarga Malaysia mengambil alih.

Namun ianya masih lagi dilihat gagal untuk mewujudkan petanda bahawa kerajaan sudah mempunyai formula untuk memulihkan ekonomi.

Memburukkan keadaan apabila meletusnya perang Rusia dan Ukrain yang menyebabkan dunia diancam pula dengan inflasi.

Sebagai negara yang bergantung kepada 90% impot makanan dari negara luar, ianya telah menyebabkan nilai RM terus jatuh merudum.

Apabila pengimpot mahu mengimpot makanan dari luar yang diniagakan dalam USD, maka mereka terpaksa menjual RM.

Ini menyebabkan lambakan RM di pasaran matawang dan mewujudkan kapasiti penawaran jauh melebihi permintaan.

Akibatnya adalah seperti yang kita alami hari ini, RM jatuh hingga ke paras RM4.61 bagin setiap 1USD.

Pemimpin PH tidak usah cuba untuk meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada kerajaan sekarangmakibat dari kejatuhan ringgit.

Kerana punca utamanya datang dari kedangkalan pengurusan ekonomi negara PH dan dendam PH terhadap Barisan Nasional.

 

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button