Kerajaan mungkir janji, rakyat India lepaskan ribuan lembu

Kerajaan mungkir janji, rakyat India lepaskan ribuan lembu

Kerajaan mungkir janji, rakyat India lepaskan ribuan lembu
BEBERAPA lembu kelihatan meragut rumput di bangunan kerajaan di Gujarat,India.-AGENSI

GUJARAT: Beribu-ribu lembu dibebaskan dan bergerak ke bangunan kerajaan, mahkamah dan jalan sebagai tanda protes terhadap bantuan kerajaan yang makin berkurangan.

Lembu tersebut dilepaskan dari Pusat Perlindungan Lembu di negeri Gujarat, barat India.

The Indian Express melaporkan sebanyak 1,750 kandang yang menempatkan lebih 450,000 lembu menyertai bantahan yang dikendalikan badan amal itu.

Rakaman video mengenai pergerakan lembu itu menjadi tular dalam media sosial.

Penunjuk perasaan turut mengancam untuk memboikot pilihan raya negeri akan datang jika kerajaan gagal mengeluarkan dana yang dijanjikan.

Susulan itu, pihak polis menahan 70 peserta protes di daerah Banaskantha, Patan and Kutch.

Menerusi bajet yang diumumkan tahun ini, kerajaan Gujarat memperuntukkan sebanyak lima bilion rupees (RM282 juta) bagi operasi pusat perlindungan lembu dan haiwan lain di negeri ini.

Bagaimanapun, pengurus pusat itu berkata, pihaknya langsung tidak menerima sebarang dana melalui skim itu dan berasa ‘ditipu’ oleh kerajaan.

Malah, katanya, pihaknya langsung tidak dijanjikan sebarang langkah penyelesaian.

Gujarat adalah antara beberapa negeri di India yang mengalami wabak penyakit kulit yang menyebabkan kerugian besar kepada pengusaha haiwan.

Negeri itu melaporkan lebih 5,800 kes kematian lembu, dengan 170,000 dianggarkan terjejas akibat penyakit itu.

Lembu dianggap sebagai haiwan suci bagi majoriti masyarakat Hindu di India.

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Kerajaan mungkir janji, rakyat India lepaskan ribuan lembu

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker