Belajar matematik vs belajar Al-Quran

“Belajar matematik tinggi – tinggi bukan boleh buat apa pun. Baik belajar al-Quran je lagi bagus”
Kalau korang jumpa orang perlekeh belajar subjek STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik), sila tempeleng kepalanya kuat kuat guna selipar. Ni saya nak cerita macam mana subjek paling menyakitkan hati semua orang, sekarang menjadi komponen terpenting dalam menyelesaikan satu permasalahan dalam agama Islam.
“3×3 + 15y2 – 3 = 10
30×2 + 40x + y = 20
Selesaikan penyata kuadratik di atas.”
Ini adalah soalan matematik tambahan. Ramai orang tak suka subjek ni. Saya tahu, sebab saya salah seorang daripada orang yang benci subjek ni. Matematik ni seronok, tapi bila dia masukkan huruf dalam pengiraan macam soalan kuadratik di atas, waktu ni dia jadi tak seronok. Sakit kepala nak jawab. Bila ada huruf dalam pengiraan, kita panggil cabang matematik ini sebagai algebra.
Dan yang menarik pasal algebra ni, asalnya ialah untuk menyelesaikan masalah faraid!
Orang yang wujudkan algebra ni bernama al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi dikatakan mula mewujudkan algebra selepas beliau mendapat sokongan daripada khalifah al-Makmun dan juga permasalahan pengiraan dalam syariah Islam. Contoh pengiraan tersebut ialah transaksi kewangan, penggalian parit air, tempoh haid dan juga pewarisan harta sepert faraid.
Kita ambil contoh penyataan di bawah:
“Umur ayah Abu 4 kali ganda berbanding Abu. Dalam 14 tahun, umur ayah Abu akan jadi 2 kali ganda umur Abu. Berapakah umur Abu dan ayahnya sekarang?”
Jadi menurut penyataan di atas, kita boleh simpulkan umur ayah Abu sebagai 4x + 14 dan Abu sebagai x + 14.
Jadi, sekarang kita ada dua penyata yakni umur ayah Abu pada awalnya: 4x + 14.
Dan penyata kedua umur ayah Abu setelah 14 tahun: 2(x +14). Didarab dua sebab umur Ayah Abu akan jadi 2 kali ganda selepas 14 tahun.
Sekarang kita cuba buat pengiraan berapa umur Abu.
4x +14 = 2(x +14)
4x + 14 = 2x +28
2x + 14 = 28
2x = 14
X = 7
Jadi, umur Abu dulu ialah 7 tahun. Kalau didarab 4 (umur ayah Abu dulu), kita akan dapat 28 tahun. Kalau umur sekarang selepas 14 tahun, umur Abu ialah 21 tahun dan ayahnya 42 tahun. Bertepatan dengan penyataan selepas 14 tahun, umur ayah Abu akan jadi 2 kali ganda umur Abu (42/21 = 2).
Ni contoh pengiraan algebra untuk umur orang. Benda yang sama kitab oleh jumpa untuk pengiraan faraid yang memeningkan seperti suami akan dapat ½ harta, atuk akan dapat 1/6 dan sebagainya. Jadi, wujudnya algebra menyelesaikan masalah pengiraan benda yang kita tak tahu dan untuk ganti benda tak tahu tu, kita guna la huruf macam ‘x’ atau ‘y’.
Sebab tu ilmu sains dan agama kena seiring, bukan buang salah satu. Sains wujud bukan untuk menyanggah agama, tapi untuk membantu selesaikan agama. Kalau takde ilmu sains dan matematik, kita nak cari kiblat pun susah.
Oleh: Ammar Akmal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker