Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada

Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada

Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada

Seluruh 4.2 juta akar umbi UMNO di seluruh negara sedang menantikan tarikh 30 September 2022.

Bukan hanya akar umbi, tetapi juga majoriti 34 juta rakyat Malaysia sedang menantikannya dengan penuh debaran.



Pada hari itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat penuh dan sudah pasti kesemua ahli MKT UMNO ‘diwajibkan’ hadir tanpa sebarang alasan.

Ianya bukan mesyuarat biasa dan agenda yang akan dibincang serta diputuskan juga bukanlah yang biasa-biasa.

2 agenda utama yang akan dibincangkan dan diputuskan ialah:

  1. Apakah UMNO akan mengambil tindakan tegas terhadap kluster pengkhianat UMNO yang sudah terlalu banyak membuat onar di dalam UMNO?
  2. Apakah UMNO akan bertegas dengan Ismail Sabri mengenai tarikh untuk beliau mengadap YDP Agong bagi memohon supaya parlimen dibubarkan?

Tindakan Terhadap Pengkhianat UMNO

Presiden UMNO, DS Zahid sendiri sudah memberikan janji bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap kluster gunting dalam lipatan di dalam UMNO.



Ianya disambut dengan gembira dan penuh pengharapan oleh 4.2 juta akar umbi UMNO.

Bukan kerana akar umbi UMNO membenci mereka, tetapi kerana sudah terlalu marah dengan pelbagai kerenah yang mereka lakukan selama ini.

Mereka bertindak sesuka hati mereka membelakangi suara akar umbi dan ketetapan parti.

Mereka terlalu angkuh dengan sedikit kuasa yang mereka perolehi.



Dalam masa yang sama, mereka lupa bahawa kuasa yang mereka perolehi sekarang adalah hasil dari keringat dan pengorbanan akar umbi.

Tanpa UMNO dan keringat serta pengorbanan akar umbi UMNO, mereka bukanlah sesiapa.

Bukan sekali dan juga bukan dua kali mereka bertindak dengan penuh keangkuhan.

Sehingga mereka lupa, parti UMNO bukanlah milik peribadi mereka, tetapi milik 4.2 juta akar umbi UMNO.



Tarikh Ismail Sabri Mengadap YDP Agong

Perkara kedua yang ditunggu oleh akar umbi adalah tarikh untuk Ismail Sabri mengadap YDP Agong untuk memohon supaya parlimen dibubarkan.

Ismail Sabri adalah perdana menteri di atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden UMNO.

Sekiranya beliau adalah Ketua Bahagian UMNO atau ahli biasa UMNO yang menjadi ahli parlimen, tidak mungkin beliau boleh menjadi perdana menteri.

Yang meletakkan beliau sebagai naib presiden UMNO adalah akar umbi UMNO.



Akar umbi sudah tidak mahu mendengar alasan demi alasan yang tidak masuk akal yang beliau berikan untuk memanjangkan lagi hayat kerajaan yang tidak stabil ini.

Akar umbi tidak lagi mahu mendengan perkataan tidak akan menangguhkan walau sesaat atau tinggal sedikit sahaja lagi dari mulut Ismail Sabri.

Yang akar umbi mahu dengar ialah bilakah beliau akan mengadap YDP Agong.

Janji-janji manis sudah tidak lagi diterima oleh akar umbi.



Sekiranya Ismail Sabri masih lagi cuba berdalih atau membuat janji baharu, akar umbi mahu tahu, apa tindakan dari presiden dan MKT UMNO.

Dan kepada ahli MKT UMNO serta presiden UMNO, mesej yang sangat jelas diberikan oleh akar umbi UMNO.

30hb ini bulan ini bukan lagi hari untuk berlapang dada, tetapi ianya adalah hari untuk ‘walk the talk’!!!

 

Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button