Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar
Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar

Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman.

Apa yang bezanya kabsah dengan nasi mandy, untuk kabsah resepi ni campuran rempah memang berbeza sikit, ada letak tomato puree jadi warna tu sedikit oren lah dan masakan ayam pun sedikit pedas sebab kita tumis sekali dengan cili dan ayam tu pulak kita masak sekali dengan nasi dan dihidang dengan sos harrah dan juga salad.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan nasi kabsah:
    • ¼ cawan minyak masak
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 6 ulas bawang putih
    • ½ biji bawang holland
    • 2 tangkai cili hijau
    • 1 ikat daun ketumbar
    • 1 sudu besar pes tomato paste ATAU 2 sudu besar puri tomato
    • 2 sudu besar rempah kabsah
    • 1 ½ ekor ayam
    • 4 cawan beras
    • 6 cawan air
    • Pewarna oren atau saffron (pilihan)
    • 1 kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa
    • 2 sudu besar minyak sapi
    • Hirisan badam atau gajus (pilihan)
    • Kismis
  • Bahan-bahan rempah kabsah:
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 2 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 6 biji pelaga
    • ½ sudu besar cengkih
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • ½ sudu besar serbuk kunyit
  • Bahan-bahan untuk salad:
    • 1 batang timun
    • 1 biji tomato
    • ½ biji bawang holland
    • Daun ketumbar
    • Serbuk lada hitam
    • Gula
    • Garam
    • Jus lemon
  • Bahan-bahan sos harrah:
    • 8 tangkai cili padi
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 tangkai cili merah
    • 1 biji tomato
    • Daun ketumbar
    • Jus lemon
    • Gula
    • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Ayam dan Nasi Kabsah:
    1. Sangai lada hitam, biji ketumbar, jintan manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.
    2. Kisar kering bahan sangai sehingga halus.
    3. Tambah serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau dengan sekata.
    4. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta bawang putih sehingga naik bau.
    5. Masukkan bawang holland dadu, hirisan cili hijau dan daun ketumbar.
    6. Tambah pes tomato, puri tomato, rempah kabsah dan sedikit air.
    7. Masukkan potongan ayam, lalu kacau sehingga ayam bersalut rempah tumis dan masak sehingga separuh masak.
    8. Masukkan air, pewarna oren atau saffron dan pati ayam (pilihan). Reneh ayam dalam anggaran selama 20 minit.
    9. Tambah garam secukup rasa.
    10. Masukkan beras basmathi dan kismis. Reneh sehingga agak kering diatas api sederhana.
    11. Tutup dan masak nasi sehingga masak diatas api yang perlahan.
    12. Sesudah masak, sapu permukaan nasi dengan minyak sapi.
  2. Cara-cara untuk Salad Kabsah:
    1. Masukkan potongan dadu timun, tomato, bawang holland, daun ketumbar, serbuk lada hitam, garam dan gula.
    2. Tambah jus lemon dan gaul sekata semua bahan.
    3. Simpan dan sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Cara-cara untuk sos harrah:
    1. Kisar kasar cili padi, bawang putih, cili merah, tomato dan daun ketumbar.
    2. Tambah jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul sekata bahan.
  4. Cara-cara untuk Nasi Arab Kabsah:
    1. Hidang nasi dengan hiasan cili hijau, hirisan lemon, kacang badam (pilihan), sos harrah beserta salad.

Tip:

  • Sukatan air untuk masak nasi kabsah adalah 1 cawan beras bersamaan dengan 1 ½ cawan air.
  • Rendam beras basmathi terlebih dahulu sebelum dimasak iaitu dalam anggaran lebih kurang 15 minit atau 45 minit.

Resepi mee kari ‘Chinese Style’.

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker