“DOAKAN YANG BAIK-BAIK, MANALAH TAHU SAYA AKAN BERTUDUNG TERUS…” – ZIZI KIRANA

 

“Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama… bulan ramadan ini saya teruskan bertudung. Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini… saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik.

“Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas ini,” tutur penyanyi Zizi Kirana yang kini masih meneruskan amalan menutup aurat bagi menghormati bulan Ramadan ini.



Ramadan tahun ini merupakan tahun ketiga Zizi mengenakan tudung. Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia membuat demikian atas kerelaaan diri sendiri.

Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.

“Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan… pakai tudung dan sebagainya, harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.



“Subhanallah cantik sangat… sejuk mata kami memandang!” tulis pengikut pada ruangan komen.

Bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu ‘Eh’ ini berkata Ramadan kali ini dia sibuk menjalani penggambaran drama dan pembikinan video muzik lagu raya.

“Aktiviti Ramadan kali ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini, bulan puasa ini saya lebih banyak di set penggambaran drama. Selain itu saya juga perlu menyiapkan pembikinan MV lagu raya dalam masa terdekat. Semoga semua urusan ini dipermudahkan. InsyaAllah.



“Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun,” ujarnya.

MAHU JADI BAIK – ZIZI KIRANA GIGIH PADAM GAMBAR SEKSI DI IG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button