Pemain pertama dicetak di kad Panini meninggal dunia



Milan: Bekas tonggak tengah Itali dan Inter Milan, Bruno Bolchi, iaitu pemain pertama yang dicetak di kad Panini pada 1961, meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Perkara itu dimaklumkan pengeluar kad berkenaan di Twitter.

Kumpulan Panini, syarikat Itali yang berpangkalan di Moden, terkenal di seluruh dunia dengan kad pemain dan album pelekat Piala Dunia yang dikeluarkan untuk setiap kejohanan sejak 1970.

Pelekat itu terbukti popular sekali lagi menjelang Piala Dunia tahun ini di Qatar.



Di Argentina usaha memburu barangan berkenaan menyebabkan negara ‘gila’ bola sepak itu menjadi kecoh dan menyebabkan banyak kedai tidak mempunyai stok lagi untuk dijual.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker