Penjawat awam Indonesia diwajibkan naik Ojol setiap Selasa



Penjawat awam Indonesia diwajibkan naik Ojol setiap Selasa

Penjawat awam Indonesia diwajibkan naik Ojol setiap Selasa
BILANGAN kenderaan di kawasan pejabat Balai Kota Makassar dapat dikurangkan dengan inisiatif Ojol.-KOMPAS

MAKASSAR: Datuk Bandar Makassar, Mohammad Ramdhan ‘Danny’ Pomanto meminta penjawat awam negeri menggunakan teksi motosikal dalam talian (Ojol) setiap Selasa bagi mengurangkan masalah kesesakan lot parkir.

Danny Pomanto berkata, isu parkir dapat diselesaikan sekiranya bilangan kenderaan di jalan dapat dikurangkan secara drastik.

“Sudah tentu inisiatif itu juga dapat menjimatkan minyak.



Ads by Kiosked

“Selama ini kawasan meletakkan kenderaan sesak. Selepas ramai naik Ojol parkir sudah makin kosong dan kawasan jalan juga nampak lengang,” katanya lapor Kompas.com.

Menurut beliau, selepas saranan itu, bilangan penumpang Bas Rapid Transit (BRT) juga semakin meningkat.

“Saya sudah terima laporan dari pihak BRT tentang bilangan penumpang yang bertambah kepada 500 orang.

“Jadi, pekerja yang rumahnya jauh akan naik BRT dahulu, kemudian baru naik Ojol bila sudah berdekatan pejabat Balai Kota Makassar,” katanya.



Danny berkata, pihaknya juga akan menerapkan kewajipan menggunakan pengangkutan awam selain Ojol.

Biodata Artis Diana Danielle

 

Penjawat awam Indonesia diwajibkan naik Ojol setiap Selasa

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker