Putera Mahkota Arab Saudi dilantik sebagai Perdana Menteri

Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (kanan) bersama Putera Mahkota Mohammed Salman. – Foto SAUDI GAZETTE.

JEDDAH, Arab Saudi – Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud semalam mengeluarkan Dekri Diraja bagi melantik Putera Mahkota Mohammed Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Bagaimanapun menurut satu Dekri Diraja, mesyuarat mingguan Kabinet yang dihadiri Raja Salman, akan dipengerusikan oleh baginda, menurut laporan Saudi Gazette.

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Dalam satu lagi Dekri Diraja, Raja Salman merombak Majlis Menteri dengan diketuai oleh Putera Mahkota.



Baginda turut mengeluarkan dekri bagi melantik Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid Salman, sebagai Menteri Pertahanan.

Selain itu, Yousef Abdullah Al-Benyan dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu, manakala Talal Abdullah Al-Otaibi dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertahanan.

Senarai menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing selepas rombakan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Mansour Miteb; Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz Salman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putera Turki Muhammad Fahd; Menteri Sukan, Putera Abdulaziz Turki Faisal; Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz Saud Naif; dan Menteri Pengawal Nasional, Putera Abdullah Bandar.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button