Remaja perempuan dihadapkan ke mahkamah kerana bunuh teman lelaki



JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, pada 20 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Mount Austin, di sini.



Difahamkan, suspek bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.



© Astro Awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker