Sabronzo ‘Zip Mulut’ Dulu Isu Imej Seksi Dolla

Jelaskan Pihak Pengurusan Akan Beri Kenyataan 

Sabronzo ‘Zip Mulut’ Dulu Isu Imej Seksi Dolla

Sabronzo ‘Zip Mulut’ Dulu Isu Imej Seksi Dolla

Anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menjelaskan setakat ini dia tidak boleh ulas lanjut berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Sabronzo atau Sab berkata, dia menghormati keputusan yang dibuat syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

“On behalf of Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan beri kenyataan.

“Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.

“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” katanya.

Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan tersebut mengundang kritikan netizen.

Malah sedutan persembahan mereka turut dikongsikan di media sosial, sekaligus mencetuskan tular.

Susulan itu, macam-macam reaksi yang ditinggalkan netizen, termaksuk ads yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan,  merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi sama.

 

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Sabronzo ‘Zip Mulut’ Dulu Isu Imej Seksi Dolla

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker