Taufan Ian badai AS

Taufan Ian badai AS

Taufan Ian badai AS
TIANG elektrik tumbang di sebatang jalan di Consolacion del Sur, Cuba, kelmarin.-AFP

HAVANA: Taufan Ian melanda pantai barat daya Florida di Amerika Syarikat (AS) ketika ribut itu bertambah kuat ketika menghampiri perairan Teluk Mexico.

Angin ribut dijangka mencapai kekuatan taufan menjelang pagi Rabu (waktu AS).

Pakar Taufan, Any Latto berkata, pihaknya memberikan tumpuan di barat tengah Florida sebagai kawasan utama yang akan menerima impak tinggi.



Taufan Ian muncul selepas Taufan Fiona dengan ribut kuat mengorbankan beberapa belas orang, bekalan elektrik terputus dan menyebabkan kerosakan besar kepada kawasan kediaman dan jalanan di Puerto Rico, Republik Dominican dan Kanada.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, dianggarkan 2.5 juta orang berada di bawah arahan pemindahan di negeri itu.

Jelasnya, amaran kerosakan dijangka merentasi kawasan yang luas tanpa mengira lokasi taufan itu akan menyerang.

Justeru, beliau menggesa orang ramai bersiap sedia berdepan risiko terputus bekalan elektrik serta mengelakkan dari melalui jalan yang dilanda ribut.



“Isyarat kecemasan diumumkan di seluruh negeri dan seramai 5,000 tentera Pengawal Kebangsaan Florida dikerahkan, dan 2,000 lagi anggota bersiap sedia di kawasan sempadan negeri,” katanya.

BIDEN UMUM DARURAT

Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan darurat berhubung ancaman angin taufan di Florida.

Beliau turut memberi arahan kepada Jabatan Keselamatan Tanah Air dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menyelaraskan bantuan bencana dan membekalkan bantuan bagi melindungi nyawa serta harta penduduk.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata, FEMA sudah menempatkan generator secara strategik serta bantuan makanan dan jutaan liter air.

Penduduk Tampa, Gil Gonzalez menutup tingkap rumahnya dengan papan lapis sejak Selasa lalu dan meletakkan beg pasir bagi melindungi rumahnya.

Dia dan isterinya sudah menyimpan bekalan air botol dan membungkus obor, pek bateri untuk telefon bimbit dan dapur kem bagi bersiap sedia sekiranya perlu berpindah.

“Semua harta benda berharga sudah diletakkan di tingkat atas rumah jiran dan di dalam kereta,” katanya.

CUBA BERGELAP

Selasa lalu, Taufan Ian mengakibatkan bekalan elektrik terputus di seluruh Cuba dan memusnahkan sejumlah ladang tembakau utama selepas membadai bahagian barat negara ini.

Kesatuan Elektrik Cuba memaklumkan, kerja-kerja pemulihan giat dijalankan bagi memulihkan perkhidmatan secara berperingkat kepada 11 juta penduduk.

Taufan Ian menyebabkan sejuta penduduk di wilayah barat mengalami gangguan bekalan elektrik sehingga keseluruhan grid mengalami kerosakan.

Angin taufan Kategori Tiga itu melanda barat Cuba sehingga memusnahkan wilayah Pinar Del Rio yang menjadi lokasi penanaman sebahagian besar tembakau untuk cerut ikonik negara.

Menurut Institut Meteorologi Cuba, bandar Pinar del Rio menjadi pusat taufan selama kira-kira sejam setengah.

Puluhan ribu penduduk dipindahkan dan sebahagian lain sudah meninggalkan kawasan terbabit sebelum ketibaan taufan yang menyebabkan banjir dan pokok tumbang.

Sehingga semalam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa masih menilai kerosakan yang berlaku.-AP

‘Tak dapat kerja urus anak sakit, suami terlantar’

Taufan Ian badai AS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker