Xi Jinping muncul di televisyen, dakwaan hilang hanya spekulasi

Xi Jinping muncul di televisyen, dakwaan hilang hanya spekulasi

Xi Jinping muncul di televisyen, dakwaan hilang hanya spekulasi
XI JINPING muncul dalam siaran televisyen CCTV semasa melawat ekspo di Beijing, Selasa lalu.-TWITTER

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping muncul dalam siaran televisyen Selasa lalu, selepas ketiadaannya dalam majlis rasmi mencetuskan spekulasi.  

Jinping, 69, dilihat mengunjungi Dewan Pameran Beijing bertemakan Menempa ke Hadapan Era Baharu.

Beliau yang merupakan Ketua Parti Komunis turut ditemani oleh Li Keqiang dan pemimpin tertinggi lain.

Lawatan Jinping itu merupakan kemunculan kali pertama beliau di dalam televisyen sejak pulang dari sidang kemuncak Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarkand, Uzbekistan, minggu lalu.



Berdasarkan peraturan pandemik Covid-19 di China, beliau perlu menjalani kuarantin selama seminggu sejurus ketibaan dari luar negara.

Beberapa hari lalu, timbul spekulasi yang mendakwa kononnya Jinping digulingkan dalam rampasan kuasa selepas beliau dikatakan ‘hilang’.

Kumpulan pakar menegaskan khabar angin itu tidak benar dan bermotifkan spekulasi semata-mata.

Jinping dianggap sebagai pemimpin paling berkuasa China sejak beberapa dekad lalu, kerana dilihat tidak mempuntai pencabar kuat.



Beliau juga sudah menghapuskan had penggal pemimpin Parti Komunis dalam Perlembagaan sekali gus membolehkan dirinya memerintah seumur hidup, jika mahu.

Pemimpin China yang hilang dari pandangan umum selama beberapa hari atau minggu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Contohnya, beliau mungkin menghadiri mesyuarat politik tidak rasmi setiap kali musim panas.

Namun begitu, ketiadaan beliau hanya beberapa minggu sebelum kongres penting parti diadakan setiap lima tahun sekali, memberikan kesan kepada penyebaran khabar angin.

Jinping dijangka meneruskan penggal ketiga selama lima tahun sebagai ketua Parti Komunis semasa kongres yang akan bermula 16 Oktober depan.-AP



China beri amaran ketegangan memuncak di Asia Pasifik

 

Xi Jinping muncul di televisyen, dakwaan hilang hanya spekulasi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button