Ayam Gepuk Ala Pak Gembus

Ayam Gepuk Ala Pak Gembus
Ayam Gepuk Ala Pak Gembus

Ayam Gepuk Ala Pak Gembus

Ayam Gepuk, masakan yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Apa yang special dengan resepi ayam gepuk ni, kita perap ayam dgn bahan-bahan rempah, kemudian rebus dan goreng supaya ayam perap tu garing di luar dan lembut di dalam.

Satu lagi yang special, sambal nya kita tambah dengan kacang tanah untuk rasa pedas berlemak. Lagi pedas lagi sedap. Kena sangat lah kalau makan dengan ayam goreng. Menu ni cukup lengkap dihidangkan bersama tauhu dan tempe goreng, dan juga ulam ulaman.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam gepuk:
    • ½ ekor ayam
    • 4 ulas bawang merah kecil
    • 1 ketul kunyit hidup
    • 3 ulas bawang putih
    • 1½ sudu besar biji ketumbar
    • Sedikit air (untuk kisar)
    • Sedikit garam
    • 2 keping daun bay
    • Sedikit air
  • Bahan-bahan untuk sambal gesek:
    • 12-15 tangkai cili padi
    • 3 ulas bawang putih
    • 2-3 sudu besar kacang tanah
    • 2 sudu kecil gula
    • Sedikit garam
    • Serbuk perasa (optional)
    • Minyak panas gorengan
  • Bahan-bahan sampingan untuk goreng:
    • Lebihan perapan ayam gepuk
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 4 ketul tauhu
    • 2 keping tempe
    • minyak masak
  • Bahan-bahan lain:
    • Sayur kobis
    • Tauhu
    • Timun
    • Limau kasturi

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam gepuk:
    1. Kisar halus bawang merah kecil, kunyit hidup, bawang putih, biji ketumbar bersama sedikit air.
    2. Gaul ayam yang telah dikelar dengan sedikit garam dan bahan kisar halus lalu perap seketika atau semalaman.
    3. Selepas diperap, rebus ayam dengan sedikit air lalu masukkan daun bay. Rebus sehingga empuk dan masak.
    4. Angkat dan tos ayam rebus.
    5. Goreng ayam sekejap sehingga keperangan dan cukup sekadar garing dibahagian luar ayam.
    6. Tumbuk ayam sampai hancur didalam bekas tumbukan sambal gesek.
  2. Cara-cara untuk sambal gesek:
    1. Goreng kacang tanah lalu angkat dan toskan minyak
    2. Goreng pula cili padi dan bawang putih sekejap dalam anggaran masa 3-4 minit sehingga layu.
    3. Tumbuk halus kacang tanah bersama gula dan keluarkan.
    4. Tumbuk halus pula gorengan cili padi dan bawang putih serta sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
    5. Masukkan minyak gorengan panas berserta pes kacang tanah kedalam sambal.
    6. Tambah perahan jus limau nipis jika mahu.
  3. Cara-cara sampingan untuk goreng:
    1. Potong tauhu dan tempe.
    2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras kedalam lebihan air rebusan sebagai salutan adunan
    3. Perap seketika tauhu dan tempe.
    4. Goreng potongan kobis sehingga agak perang (pilihan).
    5. Goreng perapan tauhu dan celupan tempe sehingga keperangan dan garing.
  4. Cara-cara sampingan untuk hidang:
    1. Hidangkan bersama nasi putih, ayam gepuk, sedikit sambal diatas ayam bersama tauhu tempe, limau kasturi, timun dan sayur kobis
    2. Kemudian, ayam gepuk ala Pak Gembus siap untuk dihidang dan dijamu selera.

Tip:

  • Jika tiada kunyit hidup, boleh saja digantikan dengan kunyit serbuk.
  • Patahkan cili padi bagi mengelakkan cili meletup ketika digoreng.
  • Bagi menumbuk bahan-bahan untuk sambal, boleh saja gunakan samada lesung batu ataupun batu gesek.
  • Jika tiada tepung beras, boleh saja digantikan dengan tepung jagung.
  • Adunan bagi salutan tauhu dan tempe mestilah jangan terlalu cair dan terlalu pekat.

Sambal Tempe Dan Ikan Bilis Rangup

Ayam Gepuk Ala Pak Gembus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker